Home / Berita / SKUAD PRIHATIN SAHABAT MBM ZIARAH BALU MANGSA MH17 DI BINTULU, SARAWAK

SKUAD PRIHATIN SAHABAT MBM ZIARAH BALU MANGSA MH17 DI BINTULU, SARAWAK

Menghayati tema kemerdekaan tahun ini, “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta maka Skuad Prihatin Sahabat Majlis Belia Malaysia ingin menunjukkan bahawa kecintaan mereka bukan sahaja kepada Negara tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan ekonomi. Pada hari ini Skuad Prihatin Sahabat Majlis Belia yang diselaraskan oleh Sdr. Khairul Nizam Mohd Sopery telah menziarah ke rumah balu salah seorang mangsa insiden MH17 Puan Sibut iaitu isteri kepada Mendiang Meling. Rombongan ziarah ini juga disertai oleh Parti Bersatu Bumiputera (PBB) Ranting Jepak dan juga daripada Siswa4u. Keluarga ini dipilih oleh pihak Sahabat MBM kerana Mendiang Meling adalah tunggak utama mencari rezeki bagi keluarga ini. Apabila ketiadaan mendiang keluarga ini telah terputus sumber kewangan.

Justeru atas rasa prihatin, Sahabat MBM telah menghulurkan bantuan berbentuk wang dan barangan dapur bagi menampung kehidupan keluarga ini sebelum menerima pampasan yang selayaknya. Khidmat kaunseling juga diberikan kepada anak-anak mangsa memandangkan jenazah mangsa masih belum dibawa pulang dan memberi semangat untuk mereka meneruskan cita-cita walaupun ketiadaan ayah tercinta.

Skuad Prihatin Sahabat Majlis Belia juga telah pergi kedua buah rumah ibu tunggal pada hari yang sama menghulurkan sumbangan. Program ini akan diteruskan lagi berdasarkan maklumat daripada orang ramai. Pihak RTM juga selaku media rasmi program ini banyak memberi maklumat tentang penerima yang layak diziarahi dan diberi sumbangan.

IMG-20140902-WA0128

IMG-20140902-WA0127 IMG-20140902-WA0126 IMG-20140902-WA0125

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino