Home / Berita / MBM komited ke arah pembentukan komuniti ASEAN

MBM komited ke arah pembentukan komuniti ASEAN

Sempena Hari ASEAN yang disambut pada 8 Ogos 2014 lalu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN (CAYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan program yang memberi ruang kepada golongan belia untuk turut serta berperanan dalam merealisasikan pembentukan komuniti ASEAN dan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015.

Antara program yang dilaksanakan ialah :

Pra-Persidangan Pemimpin Belia ASEAN

Program ini diadakan pada 7 – 9 Ogos 2014di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur melibatkan penyertaan 100 orang belia dari negara-negara ASEAN. Majlis perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Manakala Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee turut hadir bagi memberikan ucapan alu-aluan

Objektif persidangan ialah untuk membincangkan perkara utama dalam pembentukan Pelan Tindakan Penghakupayaan Belia ASEAN di samping mendapatkan pendapat dan cadangan belia tentang gagasan ASEAN. Setiap negara ASEAN menghantar wakil seramai 10 orang.

Beberapa orang ahli panel telah diundang pada sesi perbincangan forum dan bengkel. Antaranya YBhgProf Dr Jatswan S. Sidhu (Universiti Malaya), Hong Jukhee (Ketua Projek CARI), YBhg. Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar (KDN), Ravindran Palaniappan (MITI). Selain itu, pakar rujuk yang hadir adalah Rushdi Abdul Rahim (MIGHT),YBhgProf Dr Jatswan S. Sidhu (Universiti Malaya),YBhg. Prof. Madya Dr. Haslinda Abdullah dan YBhg Dr Janice Nga.

Festival Makanan Dan Kebudayaan Asean Sempena Hari Asean 2014

Festival Makanan dan Kebudayaan ASEAN sempena Hari ASEAN 2014 turut diadakan pada 8 Ogos 2014 di Taman Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur serentak dengan rumah terbuka Aidilfiti MBM 1435H. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Manakala Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee turut hadir bagi memberikan ucapan alu-aluan

Festival ini menjadi platform memperingati Hari ASEAN yang disambut pada 8 Ogos pada setiap tahun menerusi asimilasi budaya dan makanan serantau. Setiap negara ASEAN telah memperkenalkan makanan tradisi dan persembahan kebudayaan.

Forum Belia Komuniti Asean

Forum ini berlangsung dari bulan April 2014 hingga Disember 2015 di seluruh negara.

Program ini berakhir pada 9 Ogos 2014 dengan Majlis Perasmian Penutup Makan Malam yang dihadiri oleh YBhg Datuk Jamil Saleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan peserta pulang ke negara masing-masing pada keesokan harinya.

Exco-exco yang hadir bagi ketiga-tiga program ini ialahAbu Qassim Nor Azmi, Ahmad Saparudin Yusup, Mahendran a/l Nadason, Khairul Annuar b Mansor, Hasnul Fairuz b Hushin Amri, Hasnul Haniff Harun, Haryaty Hamdzah, dan Mohammad Rizan Hassan. Termasuk Timbalan Presiden, Muammar Ghadafi Datuk Jamaludin dan Manndzri Nasib serta Setiausaha Agung, Mohd. Zaidi Aziz.

About admin

Leave a Reply