Salam Ramadhan Al-Mubarak

Barisan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”




Lirik lagu Sudirman tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57

PUTRAJAYA 24 Jun – Salah satu baris lirik lagu Warisan, ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilihan tema daripada lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad itu dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara ke dalam jiwa rakyat.

“Saya percaya tema itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Prapelancaran Kemerdekaan Ke-57 di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan hadiah kepada pemenang utama pertandingan mencipta logo sambutan kemerdekaan kepada Abdul Mutalib Abdul Rahman yang membawa pulang RM7,000 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Ahmad Shabery berharap pemilihan tema tersebut tidak akan dipolitikkan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, sambutan kemerdekaan yang membawa erti kepada rakyat negara ini sepatutnya tidak perlulah untuk dirosakkan.

“Perlulah direnung kembali, saya rasa tidak perlu untuk berbuat demikian kerana ini merupakan sambutan untuk rakyat mengingati kemerdekaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian turut bekerjasama secara strategik dengan pelbagai pihak melibatkan agensi, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan 1Malaysia for Youth (1M4U) untuk menyemarakkan sambutan kali ini.

Beliau menambah, kementerian turut mendapat kerjasama daripada sektor swasta seperti Celcom, TM Berhad, Telin Indonesia, Media Prima, Astro dan banyak lagi untuk menaja beberapa program sambutan kemerdekaan tersebut.

“Sambutan kemerdekaan bukanlah gerak kerja yang perlu dijalankan oleh kerajaan semata-mata, pihak swasta juga perlu turut serta untuk memainkan peranan dalam meningkatkan lagi semangat kecintaan tidak berbelah-bahagi terhadap negara.

“Secara tidak langsung sambutan kemedekaan ini dapat menjadi satu jenama popular yang tersemat di hati rakyat pada setiap masa dan bukan hanya diingati sebagai sebuah perarakan semata-mata,” katanya.

Mengenai program sambutan kemerdekaan, beliau berkata, acara pertama bermula dengan Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra, Putrajaya, diikuti Kempen Kibar Jalur Gemilang yang dijadualkan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (16 Ogos).

Katanya, kemuncak sambutan pula adalah acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia pula di Sarawak (16 September).

Selain itu, beliau berkata, sambutan kali ini turut menampilkan Konsert Harmoni Uniti yang menggabungkan artis Malaysia dan Indonesia, simbolik kepada semangat kesatuan serantau antara kedua-dua negara kerana menyambut kemerdekaan pada bulan sama.

“Konsert Chow Kit Road 2.0 turut diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu-lagu Sudirman.

“Konsert selama tiga hari bermula 29 Ogos itu, dijadualkan berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman, anjuran stesen Radio Televisyen Malaysia (R
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140625/dn_25/Lirik-lagu-Sudirman-tema-sambutan-Hari-Kemerdekaan-Ke-57#ixzz35hYqJewx
© Utusan Melayu (M) Bhd




Body Language

Title:      Body Language
No Perolehan:      000588
Authors:      Shelly Hagen
ISBN:      9781446301418
Publisher:      David & Charles
Publication date:      2011
Number of pages:      271
Language:      Bahasa Inggeris
Picture:      588
Description:      These are handy, accessible books that provide literally all the information you need to know to gain a new hobby or understand a difficult topic. It’s believed that over 50 per cent of human communication is lost without body language. However, this book is your ticket to understanding people, whether at home, work or even on a date! It includes everything from how to detect a liar, display self-confidence, identify hostile or aggressive behaviour and even digital and online body language. Is my boyfriend telling me the truth about where he was last night? How can I show my boss that I’m ready for a promotion? Let the body language experts show you how.



Hasrat belia kurang upaya bela kambing jadi kenyataan

KUANTAN 15 Jun – Melihat kepada keadaan dirinya sudah tentu ramai yang akan beranggapan Mohammad Muslim Roslan, 23, tidak akan mampu melaksanakan sebarang bentuk pekerjaan kerana belia yang berasal dari Felda Bukit Sagu 2 di sini itu dilahirkan dalam keadaan cacat tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki.

Biarpun tidak sempurna, Mohammad Muslim sedikit pun tidak merasakan kekurangan dirinya itu sebagai penghalang untuknya turut berjaya dalam hidup sebagaimana manusia normal lain.

Sebaliknya remaja orang kurang upaya (OKU) itu menanam cita-cita yang begitu tinggi untuk menjadi seorang penternak kambing berjaya biarpun dengan keadaan fizikal yang sebegitu.

Namun, hasratnya itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu kerana keluarganya tidak dapat membantu akibat kesempitan hidup.

Bagaimanapun baru-baru ini, Mohammad Muslim menjadi orang yang paling gembira apabila hasrat dan cita-citanya itu direalisasikan melalui usaha Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dengan kerjasama Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) yang membina kandang dan menyumbangkan 10 ekor kambing kepadanya.

Menurutnya, dia begitu berminat menceburi bidang penternakan sejak sekian lama tetapi kerana tiada kemampuan dari segi kewangan, hasrat untuk memperbaiki kehidupannya walaupun dilahirkan OKU terpaksa dilupakannya.

“Tetapi hari ini saya tak sangka ada pihak yang sudi memberikan sumbangan kambing malah turut membina kandang bagi saya mengusahakan cita-cita saya sejak dari kecil ini.

“Saya pasti akan mengusahakannya bersungguh-sungguh dengan bantuan keluarga dan berjanji akan meluaskan ternakan kambing ini sehingga saya menjadi seorang penternak berjaya,” katanya ditemui pemberita selepas Program Jalinan Kasih MBFM bersama GTR di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Presiden MBFM, Anuar Abdul Manap; Pengerusi GTR, Datuk Asmawi Kassim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Mohamad Shohaimi Md. Shah dan Pengarah Veterinar negeri, Datuk Safaruddin Dawam.

Sementara itu, Anuar berkata, sumbangan itu bertujuan membantu Mohamad Muslim merealisasikan cita-citanya serta bagi memberikan suntikan semangat kepada belia Felda lain untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan.

“Ini merupakan projek amal kedua MBFM dan GTR di mana projek pertama dilakukan pada bulan Mei lalu dengan membina sebuah rumah untuk seorang wanita di Felda Pemanis 2, Segamat, Johor,” katanya.

Asmawi pula berkata, GTR telah mengadakan kutipan wang dari kalangan ahlinya untuk membina kandang kambing itu yang dibina secara gotong-royong.

“Kita menyumbangkan sembilan ekor kambing betina baka tempatan dan seekor kambing jantan sebagai permulaan, seterusnya ahli-ahli GTR di sekitar Kuantan akan datang memantau dan memberi tunjuk ajar kepada Mohammad Muslim mengenai cara penjagaan kambing,” katanya.

Selain sumbangan kandang dan kambing, remaja OKU berkenaan turut menerima sebuah mesin bagi mengisar makanan haiwan ternakannya itu yang disumbangkan oleh Jabatan Veterinar negeri.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pahang/20140616/wp_02/Hasrat-belia-kurang-upaya-bela-kambing-jadi-kenyataan#ixzz34lTnP5vI
© Utusan Melayu (M) Bhd