Home / Edisi / Belia perlu ada jati diri unggul jadi pemimpin berkualiti
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman

Belia perlu ada jati diri unggul jadi pemimpin berkualiti

image_pdfimage_print

PAPAR 12 Jun – Golongan belia perlu mempunyai jati diri unggul, bersemangat dan menjunjung budaya ilmu selain wajar didedahkan dengan sikap positif agar menjadi pemimpin berkualiti pada masa hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pembinaan sikap positif seperti setiakawan, bertoleransi dan saling menghormati penting terutamanya di negeri ini yang mempunyai kepelbagaian suku kaum, kepercayaan dan budaya.

“Belia merupakan aset dan tonggak pelapis kepemimpinan negara. Oleh itu, saya yakin pemimpin serta penggerak belia akar umbi memahami peranan mereka untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.

“Program dan aktiviti kepimpinan seperti ini mampu menjadi instrumen penting bukan sahaja dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama belia tetapi turut melahirkan pemimpin muda berkualiti di masa hadapan,” katanya ketika merasmikan Program Kepemimpinan Belia anjuran Yayasan Tun Fuad di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan nege­ri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Kira-kira 30 belia menyertai program kepemimpinan yang berlangsung di Outward Bound Sabah, Kinarut bermula 3 hingga 17 Jun.

Dalam program itu, para peserta akan melalui siri ceramah dan motivasi serta menempuh cabaran aktiviti di daratan dan lautan.

Dalam pada itu, Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, Kerajaan Persekutuan dan negeri akan terus menyediakan perancangan strategik serta inisiatif pembangunan belia.

Katanya, antara perancangan itu ialah program kemahiran gerakan akar umbi; pendekatan membendung gejala sosial; khidmat bimbingan serta memperkasa belia mengikut peringkat umur.

“Kita sedar pemantapan belia adalah suatu proses berterusan. Oleh itu, keutamaan gerakan akar umbi melalui kemahiran, keusahawanan dan kepemimpinan akan dilipatgandakan dari semasa ke semasa,” katanya.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar