Merafak Sembah. Daulat Tuanku

KUALA KANGSAR 29 Mei – Raja Dr. Nazrin Shah, 58, hari ini diisytiharkan sebagai Sultan Perak Ke-35 dalam upacara pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini.




Karnival Pelancongan Belia tarik lebih 300 ribu pengunjung

Putrajaya, 27 Mei 2014 – Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dan Tourism Malaysia  sekali lagi mendapat kepercayaan untuk menganjurkan Karnival Pelancongan Belia Sempena Festival Belia Putrajaya 2014 berdasarkan kejayaan penganjurannya pada festival belia yang lepas.  MYHA yang merupakan antara  salah satu badan gabungan MBM yang aktif dalam mempromosikan pelancongan untuk belia telah berjaya menarik lebih 300 ribu pengunjung di Pavilion Karnival Pelancongan Belia 2014 yang bertempat di sebelah Pentas Utama FBP2014 bermula 23 hingga 25 Mei 2014.

IMG-20140529-WA0060

Pelbagai acara menarik telah diatur dan rata-rata pengunjung amat berpuas hati dengan tawaran produk yang disediakan. Pengunjung juga turut melahirkan rasa gembira kerana mereka bukan sahaja mendapat tawaran istimewa dari pempamer yang turut serta, malah mereka juga dapat terlibat sama dengan beberapa acara yang disediakan.

Karnival ini yang turut mendapat sokongan penuh oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah disempurnakan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri pada 24 Mei 2014.

IMG-20140529-WA0059

IMG-20140529-WA0061




Belia antarabangsa jayakan program Festival Belia Putrajaya 2014

Dengan tema Kearah Memperkukuh Penglibatan Belia dalam Pemeliharaan Budaya dan Warisan, Program  Malaysia International Youth Exchange (MIYE) telah dilaksanakan pada 21-26 Mei 2014 yang menghimpunkan 120 orang belia dari semua negara ASEAN dan negara jemputan lain seperti Maldives, Somalia, Kenya, Jepun dan Russia.

Program MIYE ini dirangka bersempena dengan Festival Belia Putrajaya 2014, untuk memberi pengalaman kepada rakan-rakan belia dari negara jiran untuk merasai dan mengalami sendiri kemeriahan festival belia di Malaysia. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan untuk memupuk minat dan mengesyorkan belia memainkan peranan dalam memelihara budaya dan warisan masing-masing.
22 Mei 2014, Khamis – Bengkel Warisan telah diadakan di Muzium Diraja Jalan Istana dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Penerangan tentang tapak-tapak UNESCO di Malaysia telah memperlihatkan bagaimana Malaysia secara progresif memelihara dan memulihara sejarahnya untuk generasi masa kini dan akan datang. Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ialah pengenalan dan demonstrasi pemakaian sampin dan tengkolok serta peserta turut diajar dengan teknik memalu kompang dan menari zapin. Peserta-peserta juga berpeluang melawat ke Menara Berkembar Petronas.
23 Mei 2014, Jumaat – Semua negara terlibat menyediakan booth dengan informasi-informasi negara. Pada sebelah petang, peserta terlibat dengan raptai pertunjukan kebudayaan negara dan persembahan khas.
24 Mei 2014, Sabtu – Semua negara termasuk Malaysia telah mempersembahkan persembahan kebudayaan masing-masing. Ini secara tidak langsung dapat memperlihatkan penyertaan belia dalam mempromosi budaya negara yang menarik dan unik. Selain itu, para peserta telah mempersembahkan paluan kompang dan tarian zapin kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Walkabout YB Timbalan Perdana Menteri di Pavilion Antarabangsa.
25 Mei 2014, Ahad – Persembahan khas dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menonjolkan tarian-tarian dan muzik warisan Malaysia untuk dipertontonkan kepada rakan-rakan negara luar. Demonstrasi permainan tradisional, Capoeira dan penerangan tentang aktiviti kesukarelaan antarabangsa SOLS 24/7 turut diadakan. Acara penutup telah dihadiri oleh Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Setiausaha Agung CAYC, Sdr Mohd Zaidi Aziz dan Pengerusi Pusat Belia Antarabangsa, Cik Azura Abidin.
Antara tetamu-tetamu yang turut hadir ke Pavilion Antarabangsa ialah En Khairy Jamaluddian (Menteri Belia dan Sukan Malaysia), Lawrence Wong (Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura), dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdulah (Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan Brunei Darussalam). 
 
Program MIYE ini sekaligus dapat memperkukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara negara selain dapat mencerminkan keunikan budaya dan warisan yang dimiliki.




Perkampungan Warna Warni terus tempa kejayaan

Festival Belia Putrajaya 2014 sekali lagi wujudnya satu segmen yang diberi nama Segmen Perkampungan Warna Warni 2014. Selepas kejayaan penganjuran pada Festival Belia Putrajaya 2013 melalui persembahan yang sangat menarik dan menarik minat ramai pengunjung untuk menyaksikan persembahan yang dihidangkan. Pada tahun lepas, Segmen Perkampungan Warna-warni hanya berkonsepkan persembahan pentas yang melibtakn dari pelbagai kaum di mana mempersembahkan seni budaya seperti tarian cina, pergendangan , seni pertahanan diri seperti wushu, kungfu dan lain-lain di mana ia mewakili seni budaya dari cina. Bagi kaum India pula seperti tarian tradisional India, seni pertahanan diri seperti silambam dan lain-lain. Bagi kaum Melayu pula mempersembahkan tarian tradisional Melayu seperti zapin, kuda kepang dan lain-lain manakala seni pertahanan diri seperti silat.

IMG-20140529-WA0090

Pada tahun ini Segmen Perkampungan Warna-Warni telah menukar cara penyampaian atau persembahan di mana persembahannya adalah melalui acara pertandingan tetapi konsep tetap sama iaitu mengenai budaya seni di negara kita. Acara yang dipertandingkan adalah pantun, pergendangan 1 Malaysia, dikir barat dan sketsa pendek. Acara yang dipertandingkan perlu mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu “Dari Belia Untuk Belia: Belia Cakna Warisan”. Acara yang dipertandingkan disertai oleh wakil dari setiap negeri di mana diselia oleh Badan Gabungan Negeri di bawah Majlis Belia Malaysia. Setiap acara telah mendapat sokongan dan penyertaan yang amat memberangsangkan dari setiap badan gabungan negeri.

Pertandingan ini dijalankan sepanjang sambutan Festival Belia Putrajaya 2014 di mana pantun pada hari jumaat, sketsa pendek dan pergendangan pada hari sabtu dan dikir barat pada hari ahad. Bagi pertandingan pantun, negeri yang telah menjuarai acara ini adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diikuti tempat kedua digondol oleh Pahang Darul Makmur dan tempat ketiga jatuh kepada negeri Johor Darul Takzim. Bagi acara Gendang 1 Malaysia pula, johan telah dimenangi oleh Perak, tempat kedua oleh Selangor dan tempat ketiga jatuh kepada negeri Johor. Acara ini juga ada diperuntukan hadiah khas juri di mana ia dimenangi oleh Negeri Sembilan dan persembahan terbaik telah digondol oleh Saudara Raziman Azizan dari Perak. Bagi pertandingan Dikir Barat pula telah dimenangi oleh Kumpulan dari Kuala Lumpur diikuti tempat kedua oleh Kelantan dan tempat ketiga dimenangi oleh Negeri Sembilan. Acara dikir barat juga ada segmen anugerah khas iaitu tok jogho terbaik dan tukang karut terbaik di mana tok jogho terbaik dirangkul oleh Kelantan dan tukang karut terbaik dirangkul oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Segmen Perkampungan Warna-Warni turut diselitkan dengan beberapa persembahan kebudayaan seperti, persembahan “tarian sewang” dari Majlis Belia Orang Asli, persembahan teater oleh BATEK, persembahan pergendangan dari kumpulan pergendangan PERKUSIGATRA dan persembahan dikir barat dari Akademi Arjuna Sukma. Segmen Perkampungan Warna-warni telah berakhir pada hari Ahad malam di mana penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Jamil Salleh.