Home / Berita / Belia antarabangsa jayakan program Festival Belia Putrajaya 2014

Belia antarabangsa jayakan program Festival Belia Putrajaya 2014

Dengan tema Kearah Memperkukuh Penglibatan Belia dalam Pemeliharaan Budaya dan Warisan, Program  Malaysia International Youth Exchange (MIYE) telah dilaksanakan pada 21-26 Mei 2014 yang menghimpunkan 120 orang belia dari semua negara ASEAN dan negara jemputan lain seperti Maldives, Somalia, Kenya, Jepun dan Russia.

Program MIYE ini dirangka bersempena dengan Festival Belia Putrajaya 2014, untuk memberi pengalaman kepada rakan-rakan belia dari negara jiran untuk merasai dan mengalami sendiri kemeriahan festival belia di Malaysia. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan untuk memupuk minat dan mengesyorkan belia memainkan peranan dalam memelihara budaya dan warisan masing-masing.
22 Mei 2014, Khamis – Bengkel Warisan telah diadakan di Muzium Diraja Jalan Istana dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Penerangan tentang tapak-tapak UNESCO di Malaysia telah memperlihatkan bagaimana Malaysia secara progresif memelihara dan memulihara sejarahnya untuk generasi masa kini dan akan datang. Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ialah pengenalan dan demonstrasi pemakaian sampin dan tengkolok serta peserta turut diajar dengan teknik memalu kompang dan menari zapin. Peserta-peserta juga berpeluang melawat ke Menara Berkembar Petronas.
23 Mei 2014, Jumaat – Semua negara terlibat menyediakan booth dengan informasi-informasi negara. Pada sebelah petang, peserta terlibat dengan raptai pertunjukan kebudayaan negara dan persembahan khas.
24 Mei 2014, Sabtu – Semua negara termasuk Malaysia telah mempersembahkan persembahan kebudayaan masing-masing. Ini secara tidak langsung dapat memperlihatkan penyertaan belia dalam mempromosi budaya negara yang menarik dan unik. Selain itu, para peserta telah mempersembahkan paluan kompang dan tarian zapin kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Walkabout YB Timbalan Perdana Menteri di Pavilion Antarabangsa.
25 Mei 2014, Ahad – Persembahan khas dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menonjolkan tarian-tarian dan muzik warisan Malaysia untuk dipertontonkan kepada rakan-rakan negara luar. Demonstrasi permainan tradisional, Capoeira dan penerangan tentang aktiviti kesukarelaan antarabangsa SOLS 24/7 turut diadakan. Acara penutup telah dihadiri oleh Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Setiausaha Agung CAYC, Sdr Mohd Zaidi Aziz dan Pengerusi Pusat Belia Antarabangsa, Cik Azura Abidin.
Antara tetamu-tetamu yang turut hadir ke Pavilion Antarabangsa ialah En Khairy Jamaluddian (Menteri Belia dan Sukan Malaysia), Lawrence Wong (Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura), dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdulah (Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan Brunei Darussalam). 
 
Program MIYE ini sekaligus dapat memperkukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara negara selain dapat mencerminkan keunikan budaya dan warisan yang dimiliki.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino