Home / Berita / KARNIVAL LITERASI PENGGUNA, EKONOMI DAN KEMAHIRAN BERKOPERASI

KARNIVAL LITERASI PENGGUNA, EKONOMI DAN KEMAHIRAN BERKOPERASI

Batu Pahat, 18 Mei 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Johor serta UMNO Bahagian Sri Gading telah menganjurkan Karnival Literasi Pengguna, Ekonomi dan Kemahiran Berkoperasi (KALIBER 14) pada 17 hingga 18 Mei 2014 bertempat di Dataran Taman Perdagangan, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Karnival selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ab Aziz Bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Sri Gading.

Tujuan penganjuran KALIBER 14 ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepenggunaan dan seterusnya menerapkan budaya keusahawanan yang sihat dalam golongan belia disamping mengeratkan lagi hubungan bersama pemimpin kawasan. Keadaan ekonomi semasa yang dilihat agak mencabar merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan sebahagian belia berhadapan dengan masalah seperti penipuan dalam urusan jual beli, penyelewangan dalam perniagaan dan kekurangan jaminan keselamatan.

Karnival yang berlangsung seawal 8 pagi ini mengandungi pelbagai segmen seperti segmen keusahawanan, kerohanian, kesihatan, pendidikan & kemahiran, keselamatan, keseniana & kebudayaan serta kebajikan & kemasyarakatan. Pelbagai pertandingan menarik turut dianjurkan sepanjang berlangsungnya KALIBER 14 ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah Pertandingan Gadis Anggun Menawan, Pertandingan Zapin Terbuka, Pertandingan Senam 1Malaysia, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Pertandingan Street Soccer.

Pengisian kerohanian turut tidak terkecuali dengan adanya segmen Bicara Hati bertajuk “ Ummah Cemerlang Melalui Perniagaan dan Kemahiran Berkoperasi” yang menampilkan selebriti TV Al-Hijrah iaitu Ustaz Taha Mohd Omar. Selain itu, hadirin turut dihiburkan dengan penampilan khas Felixia Yeap, Siti Nordiana serta Nubhan turut memeriahkan karnival selama 2 hari ini. Penganjuran KALIBER 14 ini sebenarnya turut menjadi medium kepada kerajaan untuk menyalurkan informasi-informasi berguna kepada masyarakat dengan adanya penyertaan daripada agensi-agensi seperti JPJ, JPAM, Unit Agropreneur Muda Malaysia (UAM), PDRM, Jab. Kesihatan, JKJR, KPDNKK dan SPRM.

Penganjuran KALIBER 14 ini diharap dapat memberikan pendedahan yang berguna kepada masyarakat dan belia khususnya supaya menjadi belia yang kreatif, berinovatif dan berdaya saing.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino