Home / Akhbar / 82 NGO belia capai taraf lima bintang – Khairy

82 NGO belia capai taraf lima bintang – Khairy

KUALA LUMPUR 20 Mac – Sebanyak 82 daripada 2,278 pertubuhan belia di seluruh negara memperoleh penarafan lima bintang mengikut penilaian yang dibuat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pencapaian itu membolehkan pertubuhan berkenaan menikmati insentif berjumlah RM2,000 daripada kementeriannya.

Katanya, ia secara tidak langsung menaikkan semangat ahli pertubuhan belia dan meningkatkan daya saing persatuan lain turut sama mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam kawal selia serta urus tadbir mereka.

“Pada masa akan datang, kita akan mempraktikkan sistem sama. Persatuan belia yang berprestasi baik berdasarkan penarafan itu akan diberi insentif berbentuk peruntukan tambahan supaya terus dapat memantapkan persatuan dan menjalankan program mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, di sini hari ini.

Sistem penarafan tersebut adalah satu sistem baharu yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan berdasarkan beberapa kriteria untuk membolehkan persatuan mendapat peruntukan sewajarnya mengikut prestasi masing-masing.

Sementara itu, Khairy berkata, menerusi kaedah penilaian terhadap semua pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), persatuan yang dikategorikan sebagai sangat aktif akan mencapai taraf lima bintang.

Katanya, keaktifan pertubuhan dinilai daripada aspek pelaksanaan mesyuarat agung dengan penyediaan laporan terperinci, keahlian mematuhi had usia, perbelanjaan mengikut perlembagaan, keberkesanan aktiviti kepada komuniti dan pengiktirafan serta pencapaian ahli jawatankuasa atau persatuan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menerajui usaha mendapatkan maklumat dan pandangan daripada bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk disampaikan kepada Kementerian Pertahanan.

Katanya, langkah itu bagi membantu usaha Kementerian Pertahanan yang sedang menjalankan kajian semula terhadap pelaksanaan PLKN.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »