Home / Edisi / Pengkhianatan proses demokrasi negara
Khairul Amin Osman

Pengkhianatan proses demokrasi negara

KUANTAN 28 Jan. – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan kukuh berkuat kuasa semalam disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap proses demokrasi di negara ini.

Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Khairul Amin Osman berkata, sebagai pihak yang kononnya memperjuangkan demokrasi di negara ini jelas menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti ‘cakap tak serupa bikin’.

“PKR lebih mementingkan tembolok mereka dan bukannya parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

“Kami mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk tidak meletakkan calon atau menghantar calon bertanding tetapi tidak perlu mengadakan sesi kempen kepada pengundi.

“Cara itu dilihat sebagai satu pengajaran kepada mereka supaya tidak bertindak sesuka hati dengan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino