Home / Hebahan / Majlis Belia Malaysia gesa belia rebut peluang ikuti latihan kemahiran SLDN secara percuma anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Majlis Belia Malaysia gesa belia rebut peluang ikuti latihan kemahiran SLDN secara percuma anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Dalam usaha agresif kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan tenaga kerjanya yang mahir, sokongan berterusan daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia terus diperkasakan.
Permulaan tahun 2014, JPK menerusi PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) BERINSENTIF TAHUN 2014 kini membuka peluang kepada golongan belia mengisi kekosongan 3,000 kuota mendapatkan latihan kemahiran SECARA PERCUMA menerusi kaedah ‘dual-system’ yang melibatkan Pusat Bertauliah dan pihak industri, kedua-duanya ditauliah dan dikenalpasti oleh JPK mampu melaksanakan program ini.
KUMPULAN SASAR:
1. SLDN KHAS – untuk belia tercicir / tidak menamatkan 11 tahun persekolahan)
2. SLDN INSENTIF – untuk belia lepasan SPM
3. SLDN PENINGKATAN TAHAP – untuk SKM 3
Latihan akan bermula pada bulan FEBRUARI 2014. Pengambilan kini DIBUKA.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino