Home / Edisi / MAYC, UMK rai 132 penghuni Rumah Seri Kenangan
Para peserta Program Kasih Dirayu Sayang Dipadu bersama penghuni Rumah Seri Kenangan Desa Kemumin, Kota Bharu, kelmarin.

MAYC, UMK rai 132 penghuni Rumah Seri Kenangan

KOTA BHARU 23 Dis. – Seramai 132 warga emas yang menghuni Rumah Seri Kenangan Desa Kemumin dekat sini diraikan oleh Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) negeri Kelantan dan Fakulti Warisan Sejarah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Program Kasih Dirayu Sayang Dipadu.

Pengerusi MAYC Kelantan, Zamzani Harun berkata, program tersebut bertujuan meraikan penghuni rumah berkenaan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk memberikan kegembiraan kepada mereka.

“Kebanyakan penghuni yang tinggal di sini tidak mempunyai keluarga dan ada segelintirnya dipinggirkan oleh anak-anak mereka.

“Jadi, melalui program ini kita mahu memupuk kesedaran terutamanya dalam kalangan orang muda mengenai kepentingan menjaga dan menyayangi ibu bapa,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis berkenaan di sini semalam.

Yang turut hadir Naib Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbuddin Hashim dan Pensyarah Fakulti Warisan dan Sejarah UMK, Anidah Alias.

Antara program yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan, mengecat bangunan dan memasak bubur lambuk.

Zamzani memberitahu, Program Kasih Dirayu Sayang Dipadu itu turut disertai oleh 120 belia dan beliawanis terdiri daripada mahasiswa UMK.

Katanya, program amal tersebut memberikan peluang kepada golongan belia untuk turut sama terlibat dalam kerja sukarela.

Jelas beliau, langkah berkenaan bertepatan dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai belia yang terlibat dalam kerja-kerja sukarela.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »