Home / Edisi / Tilawah al-Quran 4B mulai esok

Tilawah al-Quran 4B mulai esok

KUALA TERENGGANU 17 Ogos – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu akan menjadi tuan rumah Majlis Perujian Tilawah al-Quran dan Pertandingan Nasyid peringkat kebangsaan selama dua hari bermula Khamis ini.

Program dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan itu akan disertai oleh qari, qariah dan kumpulan nasyid yang mewakili negeri-negeri.

Pengerusi Gerak Dakwah Belia 4B Malaysia, Anas Hazizul Muhamad berkata, ia merupakan acara tahunan dalam usaha mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi dan menggalakkan budaya bertadarus pada bulan Ramadan.

Beliau yang juga Setiausaha 4B negeri berkata, selain itu, program tersebut juga bertujuan mendidik belia mendekatkan diri dengan kegiatan keagamaan sekali gus menyemai semangat mawaddah dan ukhwah di kalangan mereka.

Katanya, johan tilawah, qari dan qariah masing-masing akan menerima wang RM1,500, piala pusingan dan sijil penyertaan.

Naib johan akan menerima wang RM900 serta sijil penyertaan dan ketiga RM600 serta sijil penyertaan.

Sementara itu, bagi kategori nasyid pula, johan akan menerima wang RM2,500, piala pusingan dan sijil penyertaan, naib johan akan menerima wang RM2,000 serta sijil penyertaan dan tempat ketiga akan menerima wang RM1,500 dan sijil penyertaan.

Menurut Anas Hazizul, semua acara bagi program itu diadakan di Wisma Darul Iman manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah serta berbuka puasa bersama-sama kira-kira 1,000 masyarakat setempat akan diadakan di Taman Permint Jaya, Cendering di sini pada 20 Ogos.

Last Updated ( Wednesday, 18 August 2010 13:18 )

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »