Home / Kenyataan Akhbar / MBM Golf for Charity

MBM Golf for Charity

KENYATAAN AKHBAR

SDR. MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

MAJLIS PRA PELANCARAN

MBM GOLF FOR CHARITY 2012

‘YOUTH LOVE PEACE’

Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengadakan Majlis Pra Pelancaran MBM Golf for Charity ‘Youth Love Peace’ bertempat di Bilik Sekretariat Pengurusan Acara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Aras G, Lobi Menara KBS, Persint 4, Putrajaya.

MBM Golf for Charity ‘Youth Love Peace’ turut mengundang YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk bersama-sama menyertai program ini yang bakal diadakan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada hari Sabtu, 17 November 2012.

Dalam mengadaptasikan seruan keramat ‘Transformasi’ YAB Perdana Menteri Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM) buat julung kali nya mengorak langkah dalam menjalin hubungan dua hala dengan sektor swasta dan sektor awam melalui penganjuran MBM Golf For Charity 2012 ‘Youth Love Peace’.

Ia merupakan jaringan pintar ‘Smart Partnership’ di antara MBM dan agensi swasta serta awam dalam memperoleh dana dan pembiayaan bagi perlaksanaan pelbagai program pembangunan belia dengan tidak bergantung sepenuhnya dana kerajaan.

Penganjuran MBM Golf for Charity 2012 ini, bertujuan untuk menaikkan nama pergerakan belia di Malaysia agar setaraf dengan agensi kerajaan dan korporat dalam negara pada masa kini.

Menerusi golf, MBM berusaha untuk membina rangkaian hubungan di kalangan sektor korporat, pentadbir dan profesional memandangkan golf merupakan salah satu medium terbaik bagi MBM untuk mendekati golongan ini. Bak kata pepatah melayu ‘Tak kenal maka tak cinta’. Program ini ibarat sebagai batu loncatan agar MBM dapat dikenali dengan lebih meluas dalam aspek kerja-kerja dan aktiviti belia.

MBM mensasarkan penyertaan sebanyak 30 flight melibatkan seramai 120 golfers dengan yuran penyertaan penajaan minimum sebanyak RM 5,000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) di samping minimum RM 100,000 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) bagi penajaan platinum.

Hasil dana yang dikumpul menerusi program ini MBM akan salurkan kepada program-program pembangunan belia di peringkat akar umbi serta tabung kebajikan belia di mana tabung ini akan disalurkan kepada belia yang kurang berkemampuan atau kurang upaya dan yang sepertinya.

Selain golf, terdapat beberapa aktiviti yang turut diadakan sempena program tersebut iaitu cabutan nombor bertuah, lelongan amal, pameran dari penaja serta jamuan makan tengahari. MBM Golf for Charity 2012 turut menawarkan hadiah kepada golfer yang berjaya mendapat hole in one.

MBM berharap agar program ini mendapat sokongan berterusan daripada pihak kerajaan khususnya Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta organisasi-organisasi swasta dan agensi kerajaan yang lain demi pembangunan berterusan golongan belia serta industri sukan negara.

 

MBM turut menyeru kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menaja program MBM Golf For Charity 2012 ini untuk menghubungi Sekretariat Golf For Charity MBM Sdr. Azhan (012) 202 5729 dan Sdr. Saiful (019) 4008 22.

 

Sekian. Terima kasih.

MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh : 30 Oktober 2012

About Bee Zaleha

Leave a Reply