Home / Wawancara / Fahami Jiwa Kemerdekaan

Fahami Jiwa Kemerdekaan

sua_20101. Pada pendapat MBM, apakah keistimewaan dan keunikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun ini. Adakah ia memenuhi aspirasi golongan belia dan orang muda?

MBM: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini istimewa kerana ianya disambut dengan penuh kepelbagaian. Linkungan kepelbagaian inilah yang menjadi nadi utama kebanggaan Malaysia yang mana merangkumi sifat Malaysia dalam bentuk budaya, dan tahap pengetahuan serta kepedulian. Aspek-aspek inilah yang mencerminkan tahap pemikiran dan gaya hidup pasca merdeka 55 tahun.  Aspirasi belia adalah kesinambungan proses membangunkan Malaysia, maka dalam konteks kemerdekaan ini ianya adalah memahami ‘jiwa kemerdekaan’ itu sendiri.

2. Sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun dilihat banyak menimbulkan kontroversi antaranya tindakan pembangkang yang mempunyai tema kemerdekaan sendiri dan menganjurkan perarakan sendiri di Selangor sehari sebelum Hari Merdeka sebenar. Apakah pendirian MBM dalam perkara ini?

MBM: Hari kemerdekaan merupakan salah satu sambutan peringkat kebangsaan yang diadakan setiap tahun dan meraikan kemerdekaan dan sejarah Malaysia. Ianya sebagai mengingati perjuangan dan status kita sebagai Negara yang sudah bebas dari kolonialisme fizikal. Sebagai rakyat Malaysia, kita bebas memilih cara bagi menggambarkan kecintaan kita kepada Negara malah sifat istimewaMalaysia dalam menerima dan menghormati kepelbagaian merupakan satu keunikan dalam proses ini. Ianya merupakan tradisi hari merdeka yang lazimnya kerajaan akan memilih tema dan konsep sambutan ulang tahun kemerdekaan setiap tahun.

3. Rakyat kita termasuk golongan belia dikatakan kurang semangat patriotik untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Mereka seperti tidak ghairah mengibar Jalur Gemilang. Bagaimana kita dapat mengubah mentaliti dan semangat ini supaya menjadi seperti rakyat Indonesia yang bersemangat meraikan ulang tahun kemerdekaan negara mereka.

MBM: Jalur Gemilang merupakan satu dari banyak identiti yang melambangkan wajah Malaysia. Pengibaran Jalur Gemilang merupakan satu simbolik atau lambang kemegahan dan kebanggaan menjadi warga Malaysia dan sebahagian dari penciptaan sejarah. Semangat patriotik dan kenegaraan seseorang turut dapat dizahirkan melalui penglibatan dalam proses pembangunan Negara dalam pelbagai bentuk dan ragam. Julat penglibatan ini termasuklah menjadi sukarela dalam aktiviti kemanusiaan, menyertai marathon atau deklamasi puisi hinggalah kepada berintegriti dan jujur dalam pekerjaan. Kehalusan dalam meneliti dan menilai semangat kenegaraan dan patriotisma ini sewajarnya diberi tumpuan khusus oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam proses mendidik inilah, semua aspek positif dan nilai murni perlu diterapkan secara halus supaya dapat menembus ke akar pemikiran dan nurani warga Malaysia. Selain itu, kecintaan kepada sejarah dan warisan negara perlu juga amat perlu ditekankan supaya warga Malaysia dapat menghargai dan tidak menggadai sejarah warisan negara.

4. Isu semasa dan krisis politik tempatan yang tidak berkesudahan dilihat menjadi duri dalam daging kepada Malaysia yang sedang menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Sempena kemerdekaan yang ke-55 ini, apakah harapan MBM untuk memastikan Malaysia terus menjadi negara yang aman, harmoni, makmur dan sejahtera untuk didiami warganya?

MBM: Semestinya harapan MBM tiada bezanya dengan seluruh rakyat Malaysia yang lain, agar negara ini dapat menjadi sebuah negara yang mempunyai persekitaran yang kondusif, selamat dan sejahtera untuk didiami. Jika dilihat kepada isu semasa dan politik dalam negara, ianya turut dirasai dan berlaku secara global. Ini menunjukkan rakyat Malaysia cakna dan menyedari akan perkara yang berlaku dalam persekitaran mereka. Pihak berwajib sewajarnya bersifat positif dalam mengendalikan sesuatu isu dan mengamalkan dasar terbuka untuk menerima pandangan dan bukti. Dapat dilihat dalam banyak kajian psikologi, pendekatan positif akan membuahkan hasil yang positif, dan sebaliknya. Dengan pendekatan sebeginilah politik negara dapat berkembang kepada amalan politik sihat dan lebih demokrasi.

5. Secara umum, apakah yang MBM dapat simpulkan mengenai kehendak dan harapan golongan belia Malaysia masa kini, selepas 55 tahun kita merdeka?

MBM: Jika dahulu belia berkehendakkan Tanah Malaya merdeka, atau Malaysia mencapai negara maju, mentaliti kelas pertama. Kehendak dan harapan belia kini tidak banyak bezanya, kami mahukan yang terbaik untuk kelangsungan hidup – yang merupakan asas untuk hidup sebagai manusia. Cuma yang mungkin ada perbezaannya adalah pendekatan perjuangan tersebut, dan sepanjang 55 tahun ini kita telah lihat pendekatan berbeza berdasarkan situasi dan idealisme yang berbeza. Dalam era ledakan maklumat ini dan teknologi ini, adalah amat penting kita masih memiliki sifat kemanusiaan seperti saling menghormati, kerana ia merupakan kunci  kepada ketamadunan manusia itu sendiri. Dengan adanya sifat ini, akan kita jumpa penyelesaian kepada isu yang kita hadapi sehari-harian. Last Updated ( Tuesday, 04 September 2012 09:09 )

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino