Home / Kenyataan Akhbar / Pertunjukan Malaysia Freestyle Motorcross Xtreme 2012 (MFMX2012)

Pertunjukan Malaysia Freestyle Motorcross Xtreme 2012 (MFMX2012)

image_pdfimage_print

Pertunjukan Malaysia Freestyle Motorcross Xtreme 2012 (MFMX2012)

Sempena Himpunan Jutaan Belia Putrajaya

23-27 Mei 2012

 

 

Eigo Sato (dua dari kiri) bersama Presiden MBM (kiri) dan Datuk KSU KBS (duduk, tiga dari kanan) ketika sidang media FMX di KBs jam 3.30 petang tadi

 

Hari Belia Negara 2012 – Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 23 – 27 Mei 2012 bakal digegarkan dengan kehadiran buat julung kalinya sekumpulan penunggang Freestyle Motorcross Xtreme (FMX) atau Moto-X dari Jepun yang akan membuat pertunjukan khas di sini.

Secara basisnya, FMX merupakan sukan ekstrem yang menggabungkan aksi-aksi lasak yang mendebarkan. Para penunggang antara lain akan membuat lompatan tinggi dengan pelbagai gaya akrobatik yang mengagumkan.

FMX yang dikategorikan sebagai sukan permotoran lasak sangat popular dan begitu diminati di negara luar seperti di Amerika Syarikat dan Jepun. Bagaimanapun, senarionya berbeza di Malaysia oleh kerana sukan ini kurang dikenali ekoran kurangnya publisiti dan pendedahan kepada masyarakat umum.

Bertitik tolak daripada itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Care Advantage Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan memperkenalkan sukan ini kepada khalayak umum dalam Hari Belia Negara 2012 – Himpunan Jutaan Belia yang akan diadakan di Putrajaya pada Mei ini. Di Malaysia, acara ini akan dikenali dengan nama MALAYSIA FREESTYLE MOTORCROSS XTREME 2012 (MFMX2012)

Acara ini sememangnya bukan calang-calang kerana penunggang FMX terkenal yang berasal dari Jepun, Eigo Sato dari Freaking Good Motor-X Tour (FGMT) akan mengetuai pertunjukan yang bakal menghangatkan atmosfera Sambutan Hari Belia itu nanti. Beliau merupakan antara lima penunggang terbaik dunia dalam sukan ini. Beliau berpengalaman membuat pertunjukan di seantero dunia. Di Putrajaya, beliau tidak berseorangan, sebaliknya akan bersama-sama penunggang hebat yang lain dari FGMT yang akan turut serta membuat persembahan yang memukau pandangan para pengunjung.

Mengulas mengenai FMX ini, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM berkata, selain bertujuan mempromosikan sukan permotoran lasak itu terutama kepada golongan belia, pertunjukan itu sendiri sebenarnya menampilkan sisi kelainan dalam Himpunan Jutaan Belia Putrajaya pada kali ini.

“Kami bukan sahaja membawa sukan lasak ini secara eksklusif untuk dipertontonkan kepada orang ramai malah turut membawa penunggang yang sudah mencipta nama di pentas dunia iaitu Sato dan rakan-rakannya”. Di samping itu juga, kami percaya ia akan menjadi salah satu daya tarikan untuk para pengunjung semasa Sambutan Hari Belia dan pastinya akan menarik ribuan pengunjung untuk turun ke Putrajaya,” katanya.

MBM mahupun Kementerian Belia dan Sukan Malaysia berharap, sukan FMX ini akan mendapat tempat di hati para belia negara ini. Adalah diharapkan agar inisiatif yang dicetuskan ini juga kelak akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan singgahan destinasi sukan permotoran lasak suatu hari nanti.

Anda boleh melayari pautan laman web di bawah untuk mendapat gambaran lanjut mengenai FMX :

http://www.youtube.com/watch?v=tsxQjfmwFXw#t=89

Untuk mengenali lebih dekat penunggang handalan FMX :

http://www.youtube.com/watch?v=Gvil5hekCc0

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi kami di talian berikut :

Encik Rizan (013) 7733676

Encik Shaq (012) 6548897

Laman Facebook :

https://www.facebook.com/pages/Malaysia-Freestyle-Motorcross-Xtreme/164217557027426

About Bee Zaleha

Profile photo of Bee Zaleha

Leave a Reply

Skip to toolbar