Home / Kenyataan Akhbar / PERANAN BELIA DALAM ASEAN PERLU DIHAKUPAYAKAN

PERANAN BELIA DALAM ASEAN PERLU DIHAKUPAYAKAN

image_pdfimage_print

KENYATAAN AKHBAR

SDR. MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERANAN BELIA DALAM ASEAN PERLU DIHAKUPAYAKAN

 

MBM menyokong penuh saranan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap fungsi dan pergerakan ASEAN perlu lebih dekat dan mampu mengupayakan peranan dan pembangunan belia dan kehidupan mereka di rantau ini khususnya. MBM berpandangan melalui ucaptama beliau di “Leadership Challenges in Asean: Meeting Tomorrow’s Needs and Expectations” sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kemboja, perlu manjadi landasan kepada setiap sektor dalam masyarakat terutamanya agensi kerajaan menyahut gesaan ini.

Ternyata penyataan ini adalah lahir daripada pengamatan YAB Perdana Menteri terhadap peningkatkan penglibatan belia di seluruh dunia dalam menentukan masa depan sesebuah negara serantau dan dunia seluruhnya. Pengalaman negara misalnya melalui program pembangunan belia dan penglibatan belia dalam menentukan dasar dan hala tuju negara adalah pengalaman berguna dan perlu dipertingkatkan lagi.

Hakikatnya golongan belia hari ini mahukan suara, pandangan dan aspirasi mereka diambil kira di dalam pembentukan dasar negara, program pembangunan, partisipasi di peringkat antarabangsa dan kepercayaan terhadap tanggugjawab yang diberikan kepada mereka. Malah inilah kaedah praktis yang dinamakan mendekati golongan belia dan bersama golongan belia.

MBM masih percaya akan kretiviti dan potensi yang ada pada golongan belia di negara ini dalam menerajui saranan YAB Perdana Menteri ini. Penonjolan kejayaan dan hasil kerja golongan belia sama ada secara berkumpulan melalui pergerakan belia, persendirian atau kejayaan dalam bidang lain perlu mendominasi ruang-ruang media elektronik dan cetak. Hal ini penting bagi membangkitkan wacana sihat dalam masyarakat terhadap daya upaya belia dan memberi cerminan positif terhadap peranan mereka dalam masyarakat.

MBM merasakan bahawa fungsi pergerakan belia kini perlu beranjak kepada hal-hal bersifat global sebagai salah satu elemen di dalam latihan dan pembinaan kepimpinan belia. Penglibatan belia di dalam isu-isu bersifat global dan universal seperti keamanan, demokrasi, pendidikan, alam sekitar dan sebagainya mampu menganjak paradigma golongan belia setaraf dengan belia-belia di negara maju. Perkara ini mampu tercapai dengan menanam kesedaran terhadap isu-isu global dan hubungan antarabangsa di peringkat pengajian tinggi yang merupakan medan terbaik pemupukan kesedaran ini. Wacana dan kempan kesedaran isu antarabangsa yang digerakkkan oleh pertubuhan belia perlu diberikan dokongan dan dipertingkatkan.

Akhirnya MBM melihat saranan ini dapat dijayakan melalui kesediaan segenap lapisan dan sektor masyarakat memberikan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan belia menerokai dunia seluasnya sebagai persedian kepimpinan. Sektor swasta dan awam misalnya perlu melihat penglibatan belia di dalam pergerakan belia khususnya dalam program antarabangsa sebagi satu nilai tambah kepada pembangunan kendiri dan kreativiti kakitangan mereka.

ASEAN sendiri punyai agenda serantau yang memerlukan dokongan dan penerusan di kalangan belia sebagimana terkandung di dalam matlamat pembinaan Komuniti ASEAN 2015.

Sekian. Terima kasih.

MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh                   : 5 Mac 2012

About Bee Zaleha

Profile photo of Bee Zaleha

Leave a Reply

Skip to toolbar