Home / Wawancara / Martabatkan peranan belia dalam kerajaan

Martabatkan peranan belia dalam kerajaan

Mukaddimah

KERAJAAN Negeri Perak kelmarin mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) yang akan berperanan secara formal untuk memberi pandangan serta idea dalam proses membangunkan negeri itu.

Majlis perundingan tersebut akan dianggotai oleh 20 pemimpin pelajar dari Perak yang mengikuti pengajian di universiti serta kolej di seluruh negara.

Berikut wawancara ringkas wartawan Utusan Malaysia, SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM bersama anak kelahiran Kuala Selangor yang juga Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM yang dilantik sebagai penasihat MPMP.

UTUSAN: Apakah tindakan pertama Datuk sebaik sahaja dilantik sebagai penasihat MPMP?

IRMOHIZAM: Tindakan pertama saya adalah untuk menyarankan kerajaan negeri segera membuat pangkalan data mahasiswa terutamanya pemimpin mahasiswa Perak yang ada di semua institut pengajian tinggi (IPT).

Pangkalan data ini amat penting untuk bajet kerajaan negeri. Sekretariat MPMP akan dikemas kini dan akan mempersiapkan segala tatacara persidangan untuk dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Keduanya adalah untuk memastikan agar diwujudkan sekretariat MPMP bagi memastikan segala bentuk perancangan boleh digerakkan kepada IPT masing-masing.

Apakah misi dan visi Datuk untuk memperkukuhkan peranan MPMP?

Visi dan misi saya adalah untuk memastikan suara mahasiswa dan belia dapat didengari dan diterjemahkan sebagai rakan kongsi kerajaan.

Secara tidak langsung satu bentuk pendekatan inovasi dalam demokrasi dapat direncanakan serta mengangkat martabat dan kedudukan generasi muda di Malaysia.

Bagaimana perasaan Datuk setelah dilantik memegang jawatan ini sedangkan Datuk bukan anak jati Perak?

Saya sesungguhnya sangat bersyukur, berterima kasih dan sangat menghargai pengiktirafan serta keyakinan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Kerajaan Negeri Perak melantik saya sebagai satu-satunya penasihat MPMP walaupun saya adalah anak jati negeri Selangor berasal dari Kuala Selangor.

Ini adalah bukti idea, suara dan pandangan pemimpin belia Malaysia diiktiraf oleh kepimpinan negeri Perak.

Keterbukaan dan keyakinan oleh Menteri Besar Perak ini harus dicontohi dan dipuji kerana ini adalah salah satu program transformasi yang cuba diketengahkan dalam memastikan pandangan dan suara belia dimartabatkan.

Apakah strategi dan pendekatan Datuk untuk membantu membangunkan mahasiswa negeri Perak?

Selaku pemimpin MBM dan Pengerusi IPT MBM, saya akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan mahasiswa secara lebih kerap sama ada formal atau tidak formal serta mewujudkan jaringan kepimpinan mahasiswa dengan Majlis Belia Negeri agar wujud satu proses jaringan kerjasama dan program kaderisasi di antara kedua-dua organisasi.

Apakah harapan Datuk demi mengupayakan peranan belia dalam suara pentadbiran kerajaan negeri sekali gus dapat dicontohi negeri-negeri lain?

MBM menyarankan agar semua negeri dapat mewujudkan MPMP di negeri masing-masing dan Menteri Besar merupakan pengerusinya.

Secara tidak langsung peranan dan suara generasi muda akan mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh kepimpinan peringkat negeri.

Ini sekali gus menafikan segala bentuk tohmahan bahawa kerajaan negeri tidak mendengar suara dan pandangan mahasiswa.`

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino