Home / Kenyataan Akhbar / SIRI JELAJAH “TUN ABDUL RAZAK, BAPA PEMBANGUNAN – SUATU PENGKISAHAN”

SIRI JELAJAH “TUN ABDUL RAZAK, BAPA PEMBANGUNAN – SUATU PENGKISAHAN”

KENYATAAN MEDIA
SIRI JELAJAH
“TUN ABDUL RAZAK, BAPA PEMBANGUNAN – SUATU PENGKISAHAN”
KE BENUA EROPAH BERSAMA MAJLIS BELIA MALAYSIA
6HB – 18HB JUN 2011

PENGANJUR
ORLAITH INC SDN BHD dan MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
NAMA PROGRAM
Siri Jelajah “Tun Abdul Razak, Bapa pembangunan – Suatu Pengkisahan” ke Benua Eropah Bersama Majlis Belia Malaysia (MBM)
TARIKH
6hb – 8hb Jun 2011
SINOPSI PROGRAM
“TUN ABDUL RAZAK , BAPA PEMBANGUNAN – SUATU PENGKISAHAN” adalah sebuah program yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 28 Julai 2010 bertempat di PICC, Putrajaya  yang telah dianjurkan oleh ORLAITH INC SDN BHD dan ALLIANCE FOUNDATION MALAYSIA dan telah diteruskan dengan program SIRI JELAJAHnya.
Program ini telah dirancang dengan semangat untuk mengenang dan mengambil iktibar daripada perjuangan Allahyarham YABhg Tun Abdul Razak – Bapa pembangunan dalam membentuk negara Malaysia yang bersatu maju dalam pembangunan. Program ini adalah wacana bagi mengumpul maklumat sejarah dan kisah daripada individu dan tokoh yang telah bersama-sama turut berjuang semasa hayatnya dan akhirnya akan dibukukan bagi menambah koleksi buku “Bapa Pembangunan” untuk tatapan rakyat Malaysia dan Antarabangsa.
PERANCANGAN PROGRAM
Siri Jelajah TAR ini dianjurkan oleh ORLAITH INC SDN BHD telah menjelajah ke seluruh negeri-negeri di Malaysia dan seterusnya bercadang untuk ke benua Eropah dengan sokongan dan kerjasama dari pihak Majlis Belia Malaysia (MBM) dari 6hb Jun 2011 hingga 18hb Jun 2011.
Siri Jelajah “Tun Abdul  Razak, Bapa Pembangunan – Suatu Pengkisahan” ke Benua Eropah bersama Majlis Belia Malaysia akan menyusuli kembali laluan bersejarah Tun Abdul Razak semasa zaman perjuangan belianya, pra-merdeka dan penubuhan MBM. Siri Jelajah ini akan melalui :
1.    United Kingdom
London – Cardiff – Oxford – Leicester – Manchester – Liverpool – Hull – Doper
2.    Belanda
Zeebrugge – Utrecht – Amsterdam
3.    Belgium Brussels
4.    Luxembourg
Lexambourg
5.    Perancis
Paris – Calais
Usaha ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Seramai 45 orang belia Malaysia akan menyertai misi ini.
KENAPA MBM
Signifikan program “Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan – Suatu Pengkisahan” dengan Majlis Belia Malaysia adalah sangat unik. Tun Abdul Razak telah menjawat jawatan tertinggi pada usia belia beliau iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 23 Julai 1948, pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan di Victoria Institution telah membuka laluan kepada penubuhan Majlis Belia Malaysia. Ekoran dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, YABhg Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj dan DYMM Tunku Jaa’far ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brussels. Bermula dari situlah WAY telah mengiktiraf MBM sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu dan suatu yang amat membanggakan ialah ibu pejabat dunia WAY kini bertempat di Melaka, Malaysia.
OBJEKTIF
Objektif perlaksanaan program kerjasama ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala serta menggalakkan penglibatan belia-belia antarabangsa dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh World Assembly Of Youth (WAY) di seluruh dunia dan pendedahan serta mempertabatkan sumbangan dan pembangunan oleh negarawan negara Tun Abdul Razak di peringkat antarabangsa.
PENGISIAN 
Di antara pengisian program ini termasuk persidangan di antara perwakilan belia-belia Eropah, sesi dialog, menjalin persefahaman, suai kenal kebudayaan antara negara dan taklimat, penerangan serta pameran program Siri Jelajah “Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan – Suatu Pengkisahan”.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi :
Orlaith Inc Sdn Bhd
Tel : 03-92057632    Faks : 03-92871960
Laman Web : www.tunrazak.orlaith.com
Encik Azam Ismail Bakri
Pengarah Urusan
Talian +6019 – 270 4051
Cik Suziyana Natasya Abdullah
Pengarah Eksekutif
Talian +6019 – 208 2136

About Bee Zaleha

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino