Home / Kenyataan Akhbar / PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN TSUNAMI MBM

PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN TSUNAMI MBM

image_pdfimage_print

KENYATAAN AKHBAR

PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN TSUNAMI MBM


Sepertimana sedia maklum, kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda beberapa bandar di Timur Laut Jepun pada 10 Mac 2011 lalu telah mengorbankan lebih 10,000 penduduk dan adalah kedua terburuk berlaku selepas kejadian yang sama pada 24 Disember 2004 di Aceh, Indonesia dalam abad ini.

Di samping itu, bencana gempa bumi dan tsunami melanda Timur Laut Jepun yang memusnahkan demografi setempat serta harta-benda, ancaman utama sekarang ialah kesan radiasi nuklear di kawasan berkenaan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan penuh rasa hiba, menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang menjadi mangsa bencana tersebut. Tragedi yang mengakibatkan kehilangan orang yang disayangi amat memilukan. Ini ditambah lagi dengan bebanan kerugian harta benda yang besar. MBM berdoa agar mangsa bersabar dalam menerima dugaan besar ini.

Di atas keprihatinan terhadap penderitaan mangsa-mangsa bencana di Jepun, MBM dan Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Tsunami MBM bagi membantu Negara Jepun yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Lobi Bangunan Parlimen, Kuala LumpurUsaha ini juga disokong oleh rakan strategik MBM dalam membantu Tabung Kemanusiaan Tsunami MBM iaitu Customer Relationship Management & Contact Centre Association Malaysia.

MBM juga ingin menyeru kepada pihak kerajaan, badan-badan korporat, NGO-NGO, parti-parti politik serta para dermawan dan sukarelawan, dalam usaha memberi sebarang bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana melalui sumbangan ikhlas yang akan disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami dengan kadar segera.

Melalui tabung ini MBM juga akan mengagihkan tabung tersebut kepada 40 badan-badan gabungan gabungan MBM di seluruh negara bagi mengutip sumbangan bantuan kemanusiaan berkenaan. Kutipan akan dijalankan di seluruh negara melalui badan-badan gabungan MBM bermula hari ini sehingga 29 Mei 2011.

Selain sumbangan wang tunai secara terus melalui tabung-tabung tersebut, sumbangan juga boleh disalurkan ke nombor akaun MAYBANK 014020406146. Penyerahan cek atas nama ‘Majlis Belia Malaysia’ juga diterima ke alamat Majlis Belia Malaysia, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur  Tel: (03) 9173 2761/63 Faks: (03) 9173 2759. Sebarang pertanyaan, sila hubungan Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda MBM di talian (013) 734 8888.

Sekian, terima kasih.

MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh    : 24 Mac 2011

About Bee Zaleha

Profile photo of Bee Zaleha

Leave a Reply

Skip to toolbar