Home / Kenyataan Akhbar / MBM menunjukkan kematangan

MBM menunjukkan kematangan

KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ SHAMSUL ANUAR HJ NASARAHMantan Presiden MBM / Ahli Parlimen Lenggong

Majlis Belia Malaysia (MBM) akhirnya menunjukkan kematangan dalam menentukan kepimpinan MBM bagi sesi 2010/2012.  Apa yang lebih penting, sebagai mantan Presiden MBM saya amat bergembira dengan kesepakatan, kompromi dan tolak ansur serta kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan dan para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-58 ini, dengan tidak berlaku pertandingan kepada jawatan-jawatan utama dalam MBM. Sebenarnya kita semua inginkan agar MBM terus menjadi badan belia yang hebat, kuat, dihormati, disegani sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai badan induk yang menaungi 40 pertubuhan belia dalam negara ini. Saya yakin MBM akan terus mampu memainkan peranannya dan kepimpinan baru saya yakin akan dapat membawa MBM ketahap yang lebih baik dan cemerlang selepas ini.

Saya merakamkan penghargaan kepada YB Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) yang mengambil keputusan penuh kebijaksanaan dengan tidak menawarkan diri demi kepentingan MBM. Terima kasih kepada semua yang mengambil tindakan yang sama kerana MBM. Saya harap kepimpinan baru MBM, akan merapatkan saf kepimpinan, menyusun strategi, membuat perubahan dan melakukan pendekatan mendekati generasi muda yang minat, kecenderungannya kini semakin berubah dan tidak sama. Laksanakan tanggungjawab dengan amanah. MBM saya harap akan menjadi Juara kepada kepentingan generasi muda. MBM mesti bersama kepimpinan kerajaan dan Negara bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya, kita mesti berpadu membangunkan negara ini. Tentunya saya amat berbangga dengan MBM. MBM milik kita, MBM milik semua. MBM amat berjasa dan besar peranannya. Hidup MBM! Terima kasih.

Bertarikh : 8 Januari 2010

About Bee Zaleha

Leave a Reply