Home / Berita / MBM RAI PEMENANG ESEI 1MALAYSIA

MBM RAI PEMENANG ESEI 1MALAYSIA

image_pdfimage_print

SERAMAI 18 penerima hadiah Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara 2009 diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di ibu negara baru-baru ini.

Pada majlis itu, turut berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara 2009 dengan kerjasama Utusan Malaysia yang disempurnakan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu sekolah menengah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan terbuka sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 dari 15 Mei sehingga 30 Jun lalu.

Pertandingan bertajuk 1Malaysia: Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM2,000 dan sijil penyertaan. Ia menerima lebih 1,000 penyertaan.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Radzi Bakri.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar