MAJLIS BELIA MALAYSIA

TM30 Siri 6: Dedah Potensi Belia Sarawak, Sedia Pikul Tanggungjawab Kepimpinan

LUNDU 10 Ogos — Program Tunas Madani 30: Transisi Kepimpinan Belia edisi ke-6 telah melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi.

YB Shafiee Ahmad, Setiausaha Agung SABERKAS hadir menyantuni dan menutup program yang dipenuhi dengan semangat perpaduan ini.

Seramai 95 peserta dan 7 tenaga pengajar (trainer) telah menjayakan program selama tiga hari ini.

Dalam ucapannya, YB Shafiee Ahmad menyeru anak muda untuk aktif menyertai persatuan belia bagi mendapatkan pelbagai ‘nilai tambah’ dalam kehidupan.

Menariknya edisi kali ini, vibes dan komitmen luar biasa dipamerkan belia-belia Sarawak termasuk belia MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம் dari semenanjung dari awal hingga tamat program.

Keakraban para peserta dari pelbagai latar belakang ini membuktikan kewujudan MBM sebagai ‘Mini Malaysia’ yang menyatukan belia.

Turut hadir adalah Puan Salawati Azura, Penolong Pegawai Belia Akademi Kenegaraan Malaysia; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli; Exco MBM, Sdr. Adzim Shorgayah; Sdri. Nuriffah Atiqah dan Presiden TM30 Siri 6, Sdr. Ruben.

‘Segulai Sejalai’ belia Sarawak korang memang awesome!

Jumpa di edisi seterusnya!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »