Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang Pertandingan Mini Mural Art Battle : Belia Malaysia Cinta Gaza anjuran MBM, Wall Battle Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang berlangsung baru-baru ini.
Pertandingan ini menjadi simbol semangat solidariti belia Malaysia terhadap perjuangan rakyat Gaza melalui medium seni yang menyentuh hati.
Pertama : Akhmal Asyraf Azri (UNMUTE GAZA)
Kedua : Hirnawati Maslan (Under the Rubble)
Ketiga : Abdullah Ehlid Al Walid Luli (Belia Malaysia Cinta Gaza)
MBM turut merakamkan penghargaan kepada barisan juri jemputan :
Kamil Munim (Setiausaha Politik Menteri Kewangan)
Faizal Tahir (Penyanyi/ Aktivis Kemanusiaan)
Loshseni Gunasegaran (Exco MBM)
MBM menyeru semua belia untuk terus berdiri teguh bersama Gaza, menyebarkan mesej keamanan, kemanusiaan dan kasih sayang sejagat.








