KOTA BHARU 7 Julai – Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM mewakili Presiden MBM telah mengadakan pertemuan bersama barisan kepimpinan baharu Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) sesi 2025-2027 yang dipilih dalam mesyuarat agung lalu.
Pertemuan ini sebagai salam perkenalan antara MBM dan kepimpinan baharu MGBK selain mendengar penerangan awal berkenaan visi, pelan tindakan badan belia di negeri Kelantan ini.
Kepimpinan MGBK diketuai Sdr. Khairul Azhar Kamaruzaman, Presiden MGBK bersama barisan kepimpinannya.
“Memanusiakan belia bukan sekadar mendengar dan berbincang, tetapi bergerak secara kolektif untuk menjadikan aspirasi mereka suatu kenyataan yang benar-benar memberi kesan dan manfaat kepada masyarakat”.
