BANGI 25 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi libat urus pemegang taruh mengenai keselamatan jalan raya bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Program anjuran MIROS dan Amanat Lebuhraya Rakyat ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penglibatan belia dalam soal keselamatan jalan raya di Malaysia.
Dalam sesi berkenaan, MBM menerusi Exconya Sdr. TC Sivanesan Tamil Selvam menekankan beberapa pendekatan holistik, antaranya :
– Pendidikan & Kesedaran : Program Duta Keselamatan Jalan Raya, kempen digital.
– Inovasi & Teknologi : Penganjuran hackathon belia, sistem ramalan berasaskan AI.
– Penyertaan Polisi : Keterlibatan belia dalam dialog dasar keselamatan jalan raya.
– Komuniti & Kesukarelawanan : Program seperti Belia Prihatin Jalan Raya dengan kerjasama NGO dan syarikat konsesi lebuh raya.
Sesi libat urus ini turut mengukuhkan peranan belia Malaysia sebagai rakan strategik dalam menjayakan Road Safety White Paper serta mengurangkan kadar kemalangan di seluruh negara.
MBM menegaskan komitmen berterusan untuk menggerakkan belia sebagai agen perubahan ke arah penggunaan jalan raya yang lebih selamat dan bertanggungjawab.




