KUALA LUMPUR 16 Jan – Majlis Peluncuran Buku “Bangkit Semula: Memoir Warga Yayasan Anda Akademik” telah berlangsung dengan penuh makna dan wacana intelektual, menghimpunkan kepimpinan NGO, akademia serta gerakan belia dalam satu ruang kebersamaan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, mewakili YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai simbol sokongan berterusan terhadap usaha pembudayaan ilmu dan pembangunan belia negara.
MBM diwakil oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Sdri. Jessy Ng Chor Eng, dan Sdr. Ralph Gan Jia Kang.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen MBM sebagai rakan strategik NGO dalam memperkukuh agenda pemerkasaan belia, kepimpinan berfikir dan nilai Malaysia MADANI.







