SEREMBAN 22 Julai – Tahniah Majlis Belia Negeri Sembilan dan Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan atas kejayaan penganjuran Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sembilan Sidang I Penggal ke-35 Sesi 2025-2026 di Klana Petra, Majlis Bandaraya Seremban.
Persidangan ini dirasmi dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Hadir mewakili Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) ke persidangan ini, Dr. Loshseni Gunasegaran, Exco MBM.
Turut Hadir sama YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Dato’ Hj Mustapha Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syarifuddin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan; Sdr. Mohd Fairos Rusli; Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan; wakil-wakil Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan kepimpinan belia di peringkat negeri dan daerah.
Sebanyak 38 usul yang telah diterima oleh Sekretariat MPBN kali ini. 10 usul diperhalusi dan 3 usul diangkat seterusnya dibahaskan di peringkat Negeri, manakala 1 usul diangkat keperingkat kebangsaan.
3 usul yang dibahas terdiri daripada kluster pendidikan dan pembangunan modal insan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta ekonomi dan industri.















