MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPAT74 MBM : Persidangan Pertama Pasca Had Umur 30 dikuatkuasa

KUANTAN 24 Jan — Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-74 mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi persidangan pertama selepas pelaksanaan had umur belia 30 tahun, berlangsung dengan penuh semangat di The Zenith Kuantan.

Seramai 351 perwakilan belia dari seluruh negara berhimpun bagi membincangkan dasar, hala tuju serta masa depan pergerakan belia Malaysia dalam landskap baharu pembangunan belia negara.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol yang menegaskan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyokong MBM sebagai rakan strategik utama pembangunan belia.

“Saya berharap pimpinan belia dapat bersidang dengan baik dan menghasilkan input terbaik demi kepentingan generasi muda,” ujar beliau.

Turut hadir ialah YB Fadzli Mohamad Kamal, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Pahang, serta Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

MPAT74 MBM menjadi medan penting untuk memperkukuh suara dan kepimpinan belia, ke arah membina generasi muda yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »