MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPAT74 MBM : Mendepani Cabaran dan Hala Tuju Belia Malaysia

KUANTAN 25 Jan – Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-74 yang berlangsung selama dua hari di The Zenith Kuantan melabuhkan tirai dengan jayanya, menghimpunkan 353 perwakilan daripada 41 badan gabungan MBM dari seluruh negara.

MPAT74 merupakan persidangan pertama MBM pasca penguatkuasaan Akta Had Umur Belia, sekali gus menjadi medan penting membincangkan cabaran semasa serta hala tuju strategik gerakan belia negara.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menyampaikan Ucapan Dasar bertajuk “Memimpin Perubahan, Dari Suara ke Kuasa, Dari Harapan ke Tindakan” yang menggariskan keutamaan kepimpinan belia dan strategi MBM dalam memperkukuh peranan belia sebagai rakan pembangunan negara.

Mesyuarat turut menerima dan meluluskan dua usul berkaitan jawatan kepimpinan MBM.

MPAT kali ini juga menyaksikan penglibatan aktif para perwakilan dalam sesi perbahasan dan perbincangan, dengan pelbagai pandangan serta cadangan konstruktif dikemukakan, membuktikan MBM kekal subur sebagai medan melahirkan barisan pemimpin muda.

Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir ke MPAT74 dari seluruh pelusuk tanah air.

Di sini kita berkumpul bukan setakat memenuhi tuntutan Perlembagaan tetapi memperkukuh agenda pembangunan belia demi masa depan Malaysia.

Berlayar tenang di Laut China Selatan,

Singgah berteduh di bumi Pahang,

Terima kasih atas layanan dan sambutan,

Belia bersatu melakar gemilang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »