MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kali Ketiga Penggal 2024–2026

Kuantan | 23 Januari 2026 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kali Ketiga bagi penggal 2024–2026 yang berlangsung di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan gerak kerja semasa Ahli Jawatankuasa Kerja MBM serta pengumuman perubahan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu.

Berikut merupakan senarai pelantikan dan pertukaran Ahli Jawatankuasa MBM:

• Sdr. Helmie Milus – Naib Presiden

• Sdr. Syahmi Shamsuddin – Penolong Setiausaha Agung II

• Sdr. Raja Arif Afifuddin Raja Iskandar – Exco

• Sdr. Mohamad Aliff Izzuddin – Exco

Pertukaran jawatan:

• Sdri. Jessy Ng – Naib Presiden

Turut hadir ialah Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBS Negara).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »