MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sambut Baik Reformasi Institusi, Kesejahteraan Belia Fokus Seterusnya

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI dalam meneruskan agenda reformasi institusi, termasuk usaha memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penggubalan undang-undang bagi menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri.

Langkah ini penting untuk memperkukuh elemen tadbir urus, integriti institusi dan keseimbangan kuasa dalam sistem demokrasi negara.

MBM turut menghargai inisiatif kerajaan menangani kos sara hidup melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang diharap dapat memberi kelegaan segera kepada rakyat, khususnya golongan belia dan keluarga muda.

Selain itu, MBM merakamkan penghargaan atas kesediaan kerajaan memenuhi permintaan MBM dengan memperluaskan pelaksanaan inisiatif Sejati MADANI kepada pertubuhan belia.

MBM akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan.

Walau bagaimanapun, MBM berharap agar kerajaan memberi keutamaan kepada isu peluang pekerjaan dan gaji bermaruah agar belia dapat membina masa depan yang stabil dan berdaya tahan.

MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 6 Januari 2026

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »