MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Perkasa Kepimpinan Wanita

Terengganu | 22 – 24 Ogos 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Program Rakan Alam telah menganjurkan Sekolah Alam X Pemukiman Beliawanis bertempat di Tasik Kenyir dengan penyertaan seramai 25 orang peserta.

Program ini dikendalikan oleh Sdri. Asya Rahman, Naib Presiden MBM bersama Sdri. Nuriffah Atiqah, Exco MBM yang bertindak sebagai fasilitator utama sepanjang pemukiman.

Turut serta dalam program tersebut pegawai pejabat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Sepanjang tiga hari, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berteraskan pembinaan diri, kepimpinan dan kesedaran terhadap alam sekitar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Bengkel Kemahiran Jurnal Alam, eksplorasi ke Santuari Kelah, Taman Negara dan Gua, serta latihan Water Confident.

Peserta juga mengikuti sesi menerokai Pulau Herba, Air Terjun Lasir dan Melunak Trail.

Selain itu, turut dijalankan Pemukiman Kepimpinan Beliawanis yang memberi ruang kepada peserta untuk membina keyakinan diri, memperkukuh jaringan sesama beliawanis MBM dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »