MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-MYEA Perkasa Usahawan Muda Asean Melalui AYEC 2025

KUALA LUMPUR 15 Oktober – Sempena Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Malaysia Young Entrepreneur Association (MYEA) telah menjayakan 10th ASEAN Young Entrepreneurship Carnival 2025 (AYEC) yang berlangsung di MATRADE, Jalan Duta.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Kamil Munim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, yang menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh pembangunan belia dan keusahawanan serantau.

“Usahawan muda ASEAN kini menjadi ejen perubahan yang mencipta peluang pekerjaan, memacu inovasi dan membawa penyelesaian terhadap cabaran masa kini — dalam teknologi, kelestarian dan impak sosial,” ujar beliau.

Acara dua hari ini menghimpunkan usahawan muda dari seluruh Asia Tenggara bagi berkongsi idea, membina jaringan kolaborasi dan meneroka peluang baharu ke arah ekonomi serantau yang inklusif dan mampan.

Turut hadir Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid yang menzahirkan komitmen MBM untuk terus memperkasa potensi belia dalam bidang keusahawanan seiring agenda Ekonomi MADANI, MyDIGITAL dan NIMP 2030.

AYEC 2025 bukan sekadar perhimpunan — ia platform membina masa depan keusahawanan ASEAN yang lebih progresif, inovatif dan berdaya saing!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »