ADDIS ABABA 20 Nov – Satu lembaran baharu dibuka! Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Ethiopia secara rasminya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini di Addis Ababa, Ethiopia.
Perjanjian bersejarah yang berlangsung di Hotel Sherington ini ditandatangani oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, bersama Presiden Majlis Belia Ethiopia, Mr Fuad Gena.
Antara Intipati Kerjasama:
– Meluaskan pelaksanaan AFRO-Malaysia Youth Forum ke negara-negara Afrika yang lain, menyebarkan semangat perpaduan belia Asia-Afrika!
– Merangka kerjasama yang lebih luas dalam bidang pembangunan belia untuk faedah generasi muda kedua-dua negara.
Dengan termeterainya MoU ini, Belia Malaysia dan Ethiopia kini sejajar dalam melangkah ke garis memperkuat solidariti Negara-Negara Selatan khususnya dalam konteks Belia seperti yang diangkat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam syarahan khas Afro-Malaysia Youth Forum.




