MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan PII Perkukuh Jalinan Belia Serantau

KUCHING 8 Oktober – Telah berlangsung satu pertemuan antara Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama kepimpinan Pelajar Islam Indonesia (PII) bagi membincangkan kerjasama strategik antara dua organisasi belia serantau tersebut.

Pertemuan ini menjadi medan penting dalam memperkukuh hubungan diplomasi belia antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang pembangunan kepimpinan, pendidikan serta advokasi sosial belia.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Umum PII, Sdr. Kohar dan Exco PII, Sdr. Ghozali, yang turut menyampaikan jemputan rasmi kepada MBM untuk menghadiri Kongres PII yang bakal berlangsung di Palembang pada November 2025.

MBM menyambut baik usaha kerjasama ini sebagai langkah memperluas jaringan dan memperkukuh suara belia rantau Nusantara ke arah belia serantau yang bersatu, progresif dan berdaya saing.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »