MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM cadang elaun petrol Ahli Parlimen dikurangkan

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengemukakan empat cadangan utama kepada kerajaan sebagai langkah mengimbangi impak tekanan global akibat ketegangan di Asia Barat termasuk menyemak semula elaun petrol 222 Ahli Parlimen.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Farhan Rosli berkata, langkah untuk menyemak semula dan mengurangkan elaun petrol kesemua Ahli Dewan Rakyat itu boleh dianggap sebagai simbol kepimpinan melalui teladan dan solidariti nasional.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan memperluaskan subsidi BUDI diesel serta melonggarkan syarat kepada pemilik kenderaan persendirian dengan kuota munasabah sekitar 300 liter sebulan,

“MBM mengambil maklum penurunan had BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebagai langkah sementara berasaskan data penggunaan sebenar serta tekanan global susulan ketegangan di Asia Barat.

“MBM memahami keperluan kerajaan bertindak awal, namun menegaskan bahawa pelaksanaan subsidi mesti kekal adil, bersasar dan berjiwa rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyarankan kerajaan agar mempercepat usaha mempelbagaikan sumber tenaga negara dengan meneroka bekalan alternatif di luar negara Teluk serta memperkukuh pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui demi keselamatan tenaga jangka panjang.

MBM turut menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan pendekatan bipartisan menangani krisis tenaga.

Katanya, MBM percaya krisis ini menuntut kejujuran dasar, keberanian politik dan solidariti nasional demi melindungi rakyat serta menjamin kestabilan negara. -MalaysiaGazette

Artikel penuh :

https://malaysiagazette.com/2026/03/27/mbm-cadang-elaun-petrol-ahli-parlimen-dikurangkan/?fbclid=IwY2xjawQzCz5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEekM9EUnmsHTuhyDVphM5FzP0sBjikobbE7vRfGrnD57–T8kI7vBbMpoizKE_aem_jzfsictZ5pmrQAo4IqKqgw

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »