Kuala Lumpur 26 Mei – Β Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang IIIΒ Penggal Ke β 30 TahunΒ 2015 β 2016Β yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi diΒ Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.Β Menteri Belia Dan Sukan YB. Khairy Jamaluddin mempengerusikan MPBN yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan YB. Datoβ Lokman Hakim,Β Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Muaβamar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan Pengerusi Tetap MBM Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim.
Turut hadir Wakil Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Pegawai Kanan KBS.
Sidang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Muaβamar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan seterusnya ucaptama dan perasmian oleh YB. Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan Β Sidang MPBN tersebut.
Dalam ucapan YB. Khairy Jamaluddin, beliau memberitahu bahawaΒ MPBN kali ini memberi penekananΒ kepada kualiti persidangan dan perbahasan serta memperhalusi setiap usul yang dibangkitkan bagi memastikan hala tuju dan fungsi MPBN sebagai βhirarkiβ tertinggi suara belia untuk diangkat ke peringkat kerajaan. Disamping itu juga beliau menekankan kepada Pembangunan Belia secara keseluruhannya Β dan penglibatan semua pihak dalam menuju ke arah 100 tahun Penubuhan Malaysia 2063.














































































































































