KUALA TERENGGANU 4 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah berkesempatan mengadakan pertemuan ringkas bersama Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Karim bertempat di sebuah restoran di sini.
Kebetulan beradaan Presiden MBM di Terengganu bagi memenuhi jemputan program dari Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu.
Pertemuan ini bertujuan mempererat hubungan antara kepimpinan MBM sebagai badan induk pertubuhan belia di negara ini dan Kerajaan Negeri Terengganu. Turut dibincangkan pelbagai isu semasa serta peluang kolaborasi yang dapat dimanfaatkan bersama.
Turut hadir dalam pertemuan ini, Sdr. Anas Hazizul Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu dan Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM.
Presiden MBM turut memanjangkan undangan kepada YB Exco ke Majlis Perundingan Belia Negara yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur nanti.








