MAJLIS BELIA MALAYSIA

Krisis Tenaga Filipina : Jangan Jadikan Sabah ‘Jalan Pintas’ Selesai Masalah Negara Sendiri

Oleh :

Mohd Nur Hilmie Milus

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyatakan bantahan tegas terhadap kenyataan kontroversi Senator Filipina, Robin Padilla, yang sekali lagi mengangkat naratif tuntutan terhadap Sabah. Kenyataan ini bukan sahaja tidak berasas, malah jelas mencerminkan pendekatan politik murahan yang cuba menangguk sokongan dalam suasana pilihan raya domestik. Sabah tidak wajar dijadikan bahan retorik demi kepentingan politik sempit mana-mana pihak.

MBM melihat kenyataan tersebut sebagai pengulangan naratif lama yang sering dimainkan setiap kali suhu politik di Filipina meningkat. Menggunakan isu kedaulatan wilayah sebagai alat kempen adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan mencerminkan kematangan politik yang dangkal. Jika setiap masalah dalaman cuba diselesaikan dengan ‘menuntut wilayah jiran’, maka prinsip undangundang antarabangsa akan hilang makna sepenuhnya.

MBM menegaskan bahawa Sabah adalah wilayah berdaulat dalam Persekutuan Malaysia, dimuktamadkan melalui sejarah, perjanjian antarabangsa dan pengiktirafan global. Lebih penting, rakyat Sabah sendiri tidak pernah menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada negara lain. Kedaulatan ini bukan untuk diperdebatkan, apatah lagi dijadikan bahan politik.

Dari sudut perundangan antarabangsa, Malaysia juga telah mencatat kemenangan penting apabila mahkamah mendapati keputusan timbang tara yang sebelum ini memihak kepada pihak penuntut Sulu adalah tidak sah dari segi undang-undang. Keputusan tersebut telah dibatalkan sepenuhnya oleh Mahkamah Rayuan Paris, iaitu mahkamah di Perancis yang mempunyai bidang kuasa menyemak keputusan timbang tara antarabangsa tertentu. Keputusan ini sekali gus menegaskan bahawa tuntutan terhadap Sabah tidak mempunyai asas kukuh dan terus menemui kegagalan di peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, MBM menegaskan bahawa sebarang cubaan mengaitkan Sabah dengan penyelesaian krisis tenaga di Filipina adalah pendekatan yang dangkal dan tidak bertanggungjawab. Negara tersebut seharusnya lebih bijak dan strategik dalam mengurus sumber tenaga domestik serta memperkukuh dasar dan kerjasama serantau yang sah, bukannya melihat sumber minyak Sabah sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Sebagai suara generasi muda, MBM menegaskan bahawa kedaulatan Sabah tidak boleh dipertikai sama sekali dan mesti dihormati oleh semua pihak. Hubungan serantau harus dibina atas asas saling menghormati, bukan melalui provokasi atau naratif politik sempit.

Sehubungan itu, MBM menggesa Wisma Putra untuk memanggil Duta Filipina bagi memberikan penjelasan yang tuntas, konkrit serta jaminan bahawa kenyataan seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Apabila tuntutan lama terus diulang tanpa hasil, ia bukan lagi soal sejarah, tetapi sekadar retorik politik yang kehabisan nafas, dan Sabah bukan ruang untuk itu.

Bertarikh : 30 Mac 2026

* Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis

==============================================================

ARTICLE

PHILIPPINES ENERGY CRISIS: DO NOT TURN SABAH INTO A ‘SHORTCUT’ TO SOLVE DOMESTIC PROBLEMS

Article by :

Mohd Nur Hilmie Milus

Vice President Malaysian Youth Council

The Malaysian Youth Council (MBM) expresses its firm objection to the controversial statement made by Philippine Senator Robin Padilla, which once again raises the narrative of claims over Sabah. Such a statement is not only baseless, but clearly reflects a form of cheap political maneuvering aimed at gaining support amid the country’s domestic electoral climate. Sabah must not be used as a tool for narrow political interests.

MBM views this statement as a repetition of an old narrative that frequently resurfaces whenever political tensions rise in the Philippines. Using issues of territorial sovereignty as a campaign tool is irresponsible and reflects a shallow level of political maturity. If every domestic problem is addressed by “claiming neighbouring territories,” then the principles of international law would lose their meaning entirely.

MBM reiterates that Sabah is a sovereign territory within the Federation of Malaysia, finalised through historical processes, international agreements, and global recognition. More importantly, the people of Sabah themselves have never expressed any desire to be part of another country. This sovereignty is not open for debate, let alone political exploitation.

From the perspective of international law, Malaysia has also secured a significant victory when the court found that the arbitration award previously favouring the Sulu claimants was legally invalid. The decision was fully annulled by the Paris Court of Appeal, a French court with jurisdiction to review certain international arbitration awards. This ruling further confirms that the claim over Sabah lacks a solid legal foundation and continues to fail at the international level.

At the same time, MBM stresses that any attempt to link Sabah to resolving the Philippines’ energy crisis is a simplistic and irresponsible approach. The country should instead adopt wiser and more strategic measures in managing its domestic energy resources, including strengthening legitimate policies and regional cooperation, rather than viewing Sabah’s oil wealth as a shortcut to solving its own challenges.

As the voice of the youth, MBM firmly asserts that Sabah’s sovereignty is non-negotiable and must be respected by all parties. Regional relations must be built on mutual respect, not provocation or narrow political narratives. In this regard, MBM calls on Wisma Putra to summon the Ambassador of the Philippines to provide a clear, concrete explanation and firm assurances that such statements will not be repeated in the future. When outdated claims continue to be repeated without result, it is no longer a matter of history, but merely rhetoric that has run out of substance, and Sabah is not the place for it.

Date : 30 Mac 2026

* This article is the author’s personal opinion.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »