MAJLIS BELIA MALAYSIA

Krisis Asia Barat Tuntut Solidariti Nasional

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil maklum penurunan had BUDI95 daripada 300L kepada 200L sebagai langkah sementara berasaskan data penggunaan sebenar serta tekanan global susulan ketegangan di Asia Barat.

MBM memahami keperluan kerajaan bertindak awal, namun menegaskan bahawa pelaksanaan subsidi mesti kekal adil, bersasar dan berjiwa rakyat.

Sehubungan itu, MBM mengemukakan empat cadangan utama;

Pertama, memperluaskan subsidi BUDI diesel serta melonggarkan syarat kepada pemilik kenderaan persendirian dengan kuota munasabah sekitar 300 liter sebulan,

Kedua, menyemak semula dan mengurangkan elaun petrol bagi 222 Ahli Parlimen sebagai simbol kepimpinan melalui teladan dan solidariti nasional,

Ketiga, mempercepat usaha mempelbagaikan sumber tenaga negara dengan meneroka bekalan alternatif di luar negara Teluk serta memperkukuh pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui demi keselamatan tenaga jangka panjang.

MBM turut menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan pendekatan bipartisan menangani krisis tenaga. MBM percaya krisis ini menuntut kejujuran dasar, keberanian politik dan solidariti nasional demi melindungi rakyat serta menjamin kestabilan negara.

AHMAD FARHAN ROSLI

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 27 Mac 2026

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »