CYBERJAYA β βBerhenti jadikan COVID-19 sebagai alat politik,β demikian ditegaskan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berhubung kemelut politik hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, MBM menggesa agar pemimpin politik kasihankanlah rakyat yang telah penat lelah.
βMereka sewajarnya tumpukan perhatian penuh kepada pemulihan negara sehingga keadaan reda yang membolehkan pilihanraya diadakan bagi memberikan laluan rakyat memilih kerajaan pilihan mereka yang lebih stabil.
βMBM yang berdiri teguh bersama rakyat dan tidak menyebelahi mana-mana pihak berharap buat sementara waktu, semua pihak tanpa mengira kiblat politik masing-masing agar duduk semeja dan bersatu dalam meraikan usaha yang kita semua percaya iaitu βexit doorβ kepada penyakit ini adalah suntikan vaksinisasi.
βDengan kadar vaksinisasi dos kedua masih jauh menjangkau angka 50 peratus ditambah penderitaan rakyat dihimpit masalah ekonomi dan membawa kepada kadar kes bunuh diri yang semakin meningkat, MBM menyifatkan ini bukan waktu yang sesuai untuk meneruskan perbalahanΒ politik yang akan terus merungsingkan belia dan rakyat, βkatanya menerusiΒ kenyataanΒ hari ini.Β
Dalam masa sama, katanya, MBM menjunjung kasih titah yang disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Β
βBaginda bertitah sekarang bukan waktu untuk pemimpin politik berebut kuasa dalam keadaan rakyat sedang menderita dengan pandemik COVID-19 yang berpanjangan.Β
βBahkan, baginda menyeru agar semua rakyat dan pemimpin mengamalkan sikap saling tolong-menolong tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dalam memastikan nasib rakyat dapat diberikan fokus perhatian paling utama.
βDi samping itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin politik yang cuba mengganggu gugat kerajaan dan berebut kuasa.
βSultan Ibrahim menegaskan agar pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.
βTeguran daripada kedua-dua baginda seharusnya menjadi isyarat dan mesej jelas kepada semua ahli politik dalam keadaan rakyat sedang menderita dan kehilangan nyawa,β katanya. β Edisi 9Β
Artikel penuh :