MAJLIS BELIA MALAYSIA

DT ke-128 : Kepimpinan diperbaharui, Agenda Belia diperkasa

KUANTAN 23 Jan – Sidang Dewan Tertinggi (DT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-128 telah berlangsung dengan jayanya di The Zenith Kuantan, Pahang.

Sidang dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Naim Al Amin yang turut memberi ruang kepada Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Saharuddin Ahmad selaku tuan rumah untuk mengalu-alukan kehadiran semua Ahli DT dan perwakilan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT).

Dalam mesyuarat ini juga, Presiden MBM turut memaklumkan beberapa perubahan kepimpinan di peringkat Exco MBM, iaitu:

Pelantikan Baharu:

• Sdr. Helmie Milus – Naib Presiden

• Sdr. Syahmi Shamsuddin – Penolong Setiausaha Agung II

• Sdr. Raja Arif Afifuddin Raja Iskandar – Exco

• Sdr. Mohamad Aliff Izzuddin – Exco

Pertukaran Jawatan:

• Sdri. Jessy Ng – Naib Presiden

Sidang DT edisi ini membincangkan beberapa agenda penting termasuk MPAT74, usul-usul serta perkara berkaitan hala tuju dan tadbir urus MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »