MAJLIS BELIA MALAYSIA

Diecast Collector Gathering (Pantai Timur) – Hobi Menyatukan Komuniti

KUALA TERENGGANU 27 Sep – Program Diecast Collector Gathering (Pantai Timur) yang diadakan di perkarangan Pasar Nita, Kuala Terengganu berakhir dengan jayanya.

Program dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Rakan Muda di bawah Segmen Rakan Ekspresi; Hot Wheels Collector Malaysia dan Diecast Malaysia Club.

Acara ini berjaya menghimpunkan pengumpul dan peminat kereta mini Hot Wheels.

​Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, termasuk pertandingan, pameran dan jualan koleksi kereta Hot Wheels.

Kemuncak acara ialah cabutan bertuah utama yang menawarkan sebuah Hot Wheels Edisi Terhad 40 Tahun Proton Saga yang ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pengunjung bertuah.

​Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »