| 55,000 belia berinteraksi dengan MB |
|
|
|
| Monday, 31 May 2010 | |
|
REMBAU 30 Mei - Langkah mewujudkan Sistem Infobelia menunjukkan reaksi positif apabila lebih 55,000 pengguna dari kalangan belia menyertainya sekali gus membolehkan mereka berinteraksi dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Mohamad berkata, penyertaan golongan itu memberi gambaran mengenai kematangan belia negeri ini yang peka dan mahu menyampaikan idea mereka terhadap isu semasa. Katanya, reaksi tersebut juga sedikit sebanyak dilihat mampu mendekatkan golongan belia dengan pentadbiran negeri. "Nampaknya sambutan yang diterima amat baik sekali. Setakat ini sudah 55,000 orang aktif menyertai sistem ini dengan menjadi ahli. Dari semasa ke semasa saya sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan saya amat bangga sekali apabila mereka memberi maklum balas kepada saya. "Jelas bahawa belia sudah matang. Bukan sahaja masalah-masalah berkenaan belia, tetapi mereka memberi maklumat berkenaan masalah setempat serta kepincangan kepimpinan setempat," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini hari ini. Hadir sama di perhimpunan yang disertai oleh 5,000 belia dari seluruh negeri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali. Dalam pada itu kata Mohamad, beliau akan sentiasa berkomunikasi dengan golongan belia menerusi Sistem Infobelia dan juga laman sosial Facebook. Katanya, dengan adanya sistem tersebut, akan dapat mengurangkan birokrasi yang sentiasa menghantui masyarakat dalam menyatakan aduan serta pandangan khasnya belia. "Saya harap ini akan memberi ruang kepada belia dan masyarakat dalam menghadapi kerenah birokrasi yang kadang-kadang menapis pandangan-pandangan, idea atau maklumat yang mereka hendak sampaikan,'' katanya. Melalui sistem tersebut jelasnya, semua orang boleh menghantar mesej terus kepada beliau dengan menaip MBNS<jarak>mesej<jarak>hantar ke 06-7642000. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my