| Reezal, Suhaimi gembira kemelut selesai |
|
|
|
| Tuesday, 15 August 2006 | |
|
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menang tanpa bertanding, Reezal Merican Naina Merican gembira kerana kemelut pertubuhan itu diselesaikan dengan baik. Beliau berkata, kini ahli-ahli GPMS perlu bersatu kembali dalam memastikan agenda pendidikan Melayu dapat dilaksanakan dengan jayanya. “Saya gembira kerana kemelut GPMS dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan mana-mana pihak,’’ kata beliau. Berucap sempena Persidangan Agung Khas GPMS Kali ke-58 yangt dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, beliau berkata, hubungannya dengan Datuk Suhami Ibrahim (bekas Presiden) amat baik. Reezal Merican berkata, beliau mahu melihat GPMS dapat memainkan tanggungjawabnya secara kolektif dan lebih berkesan demi kepentingan pelajar Melayu yang masih memerlukan pembelaan. Sementara itu Suhami dalam ucapan dasar Presiden buat kali terakhir menjelaskan, beliau tidak bertanding mengekalkan jawatannya kerana mahu menyelamatkan gabungan itu daripada berpecah dan berkubur. Katanya, jika kedua-dua pihak terus berdegil dan tiada jalan penyelesaian, sudah tentu nasib GPMS menjadi tidak menentu. “Atas kesedaran ini dan juga atas nasihat Timbalan Perdana Menteri, saya mengambil keputusan tidak bertanding mengekalkan jawatan Presiden GPMS walaupun ramai ahli yang kecewa. “Ada ahli yang kecewa kerana mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan saya semasa krisis dengan Reezal Merican,’’ ujar beliau. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my