• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Janjikan sambutan berskala besar 2011
Janjikan sambutan berskala besar 2011 PDF Cetak E-mail
Monday, 17 May 2010

Active Image

PUTRAJAYA 16 Mei - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sambutan Hari Belia menggunakan format baru seperti yang diperkenalkan tahun ini akan diadakan dalam skala lebih besar pada tahun depan.

Menurutnya, ini bagi membolehkan lebih banyak aktiviti melibatkan belia dapat diadakan sekali gus memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai minat berlainan.

''Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan sambutan kali ini yang begitu luar biasa.

''Banyak perkara yang dapat kita lihat tentang minat dan kecenderungan para belia selain berpeluang memahami jiwa anak-anak muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Ahmad Shabery, kerajaan akan menjadikan format terbaru sambutan hari belia tersebut sebagai format tahunan dengan melibatkan lebih banyak pihak termasuk kementerian- kementerian lain.

''Selepas ini, kita akan adakan proses bedah siasat dan mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Putrajaya bagi membuat persediaan untuk sambutan pada tahun depan.

''Ramai yang melahirkan rasa kagum apabila Putrajaya benar-benar diubah wajahnya menjadi sebuah 'bandar belia' sepanjang tiga hari sambutan itu," katanya.

Tambah beliau, konsep memasukkan kegiatan belia dalam sambutan itu akan dikembangkan dengan penglibatan pihak swasta, agensi-agensi lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Ini ternyata menjimatkan seperti pertandingan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang dianjurkan pihak swasta malah mencatatkan kejayaan luar biasa apabila berjaya menarik kira-kira 15,000 penonton," katanya.

Selain itu, katanya, sambutan kali ini juga memberikan peluang kepada persatuan-persatuan belia dan usahawan mendapatkan pasaran belia.

''Ini sekali gus merupakan cara untuk mereka memasarkan produk dan jenama mereka dalam pasaran golongan belia," katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my