| Ahmad Harith, Nor Habibah ikon pelajar Melayu GPMS 2010 |
|
|
|
| Friday, 16 April 2010 | |
|
KUALA LUMPUR 15 April - Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010. Pengiktirafan itu membolehkan Ahmad Harith dan Nor Habibah dilantik sebagai Duta GPMS bagi berkongsi petua kejayaan mereka dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Presiden GPMS, Jais Abd. Karim berkata, kedua-dua pelajar cemerlang tersebut merupakan pelajar Sekolah Agama Ma'ahad Muhammadi lelaki dan perempuan di Kota Bharu, Kelantan. "Mereka akan menjelajah ke seluruh semenanjung bersama GPMS bagi berkongsi petua kejayaan dan berdialog dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. "Program jelajah tersebut akan bermula Mei ini dan kita menjangkakan ia selesai sepenuhnya sebelum peperiksaan SPM bermula," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia GPMS-Score A, di Universiti Malaya di sini hari ini. Majlis pelancaran itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Sempena pengiktirafan itu, Ahmad Harith dan Nor Habibah menerima trofi dan watikah pelantikan. Mengulas lanjut, Jais berkata, selain dilantik sebagai duta, pihaknya juga akan membantu kedua-dua pelajar berkenaan dari segi kewangan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my