| ABIM sokong kempen Kami Prihatin |
|
|
|
| Tuesday, 30 March 2010 | |
|
KUALA LUMPUR 29 Mac - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan dengan yang terbaru, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersedia membantu menjayakan kempen kemanusiaan itu. Presiden ABIM, Muhammad Razak Idris berkata, pertubuhan itu sangat menghargai usaha sedemikian kerana ia adalah tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini bagi membendung gejala sosial yang semakin menular. "ABIM akan menyokong penuh usaha Utusan Malaysia ini dan menyertai apa juga kegiatan yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang jenayah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro. Ia diadakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat tentang kes-kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Muhammad Razak berkata, kesediaan ABIM menyertai kempen Kami Prihatin itu didorong oleh kebimbangan terhadap gejala sosial berkenaan yang semakin berleluasa. "Ini masalah lama, cuma akhir-akhir ini ia semakin banyak. Kita perlu mengambil langkah yang proaktif membantu menangani isu ini. Bukan kerajaan sahaja yang perlu bertindak tetapi semua rakyat di negara ini. "Kes-kes itu menunjukkan kesan negatif hasil dasar keterbukaan global semakin meresap ke dalam jiwa masyarakat kita. Ini sangat bahaya dan kita perlu buat sesuatu," katanya. Beliau berkata, semua rangkaian sukarelawan ABIM yang beroperasi di lebih 100 cawangan di setiap daerah di seluruh negara bersedia untuk membantu Utusan Malaysia menjayakan kempen itu. "Kita juga bercadang melancarkan pusat sehenti akhir tahun ini bagi membolehkan wanita-wanita bermasalah datang kepada kita untuk dibantu mendapatkan perlindungan dan kaunseling," katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my