| NGO agama jamin ahlinya tidak terlibat |
|
|
|
| Monday, 08 February 2010 | |
|
PUTRAJAYA 28 Jan. - Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama yang berdaftar di negara ini memberi jaminan tiada ahli mereka yang terbabit dengan beberapa kejadian serangan rumah ibadat kebelakangan ini. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, setiap ahli dalam pertubuhan itu telah diingatkan agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mengancam perpaduan negara. Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan cuba mendapatkan gambaran daripada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu negara menangani masalah tersebut. ''Semua NGO telah membuat satu hebahan kepada ahli-ahli mereka supaya tidak terlibat dalam perkara yang mampu mengancam perpaduan negara. ''Malah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Pemuda Kristian akan turun ke padang untuk memberi penerangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini. Sehubungan itu, Maliki berkata, MBM akan menganjurkan majlis dialog antara agama dengan beberapa NGO tersebut termasuk Persatuan Pemuda Hindu Malaysia sebagai maklum balas terhadap kejadian tidak bertanggungjawab itu. Maliki berkata, ahli-ahli MBM juga secara sukarela akan memantau laman web yang dipercayai cuba mencetuskan huru-hara antara kaum melalui kerjasama SKMM. ''Laman web seperti ini akan memberi kesan buruk kalau tidak ditangani dengan betul. Ia akan timbul suasana lain. Bukan sahaja isu orang yang mulakan laman tersebut tetapi mereka yang menjadi pengikutnya," katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Kementerian Belia Kenya lawat MBM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa bertuah kerana telah didatangi o...
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my