Kenyataan Akhbar
ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA | ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA |
|
|
|
| Tuesday, 12 January 2010 | |
|
ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA
GENERASI MUDA 1. Majlis Belia Sabah (MBS) mengutuk
sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab yang menjadikan Rumah Ibadat
sebagai sasaran untuk melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Majalah The Herald: The Catholic
Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ pada 31 Disember 2009. 2. Majlis Belia Sabah yang terdiri daripada
10 badan gabungan iaitu Pengakap, Pandu Puteri, ABIM, Puteri Islam, YMM, JCI, GBBM,
St. John’s, Briged Putera dan Briged Puteri meminta agar rakyat di Sabah tidak
mengambil tindakan serupa kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan dan
menjejaskan keharmonian bermasyarakat yang sedia terjalin selama ini. MBS
berharap agar pihak berkuasa dapat meningkatkan kawalan agar perkara tersebut
tidak belaku dinegeri ini. 3. Seterusnya
Saya menyarankan agar semua pihak mengambil tindakan secara rasional dan bukan
berdasarkan emosi. Semua perlu ambil maklum bahawa perkara ini adalah isu dasar
dan kritikal yang melibatkan Akidah dan Kepercayaan agama ummat Islam dan
penganut Kristian. Penyelesaian yang bersandarkan ilmu yang benar dengan
mengambilkira sejarah, perlembagaan dan kontrak sosial serta semangat perpaduan
Negara ini perlu diambilkira. Kita tidak mahu isu ini diwariskan kepada
generasi muda dan generasi seterusnya kerana khuathir mereka tidak dapat
menanggapi isu ini secara rasional seperti majoriti rakyat Malaysia sekarang
ini. 4. Ruang
untuk berdialog dan berinteraksi perlu disuburkan supaya semua pihak yang
berautoriti dapat memberi pandangan tentang isu ini. Sebagai contoh, saranan
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun
perlu diambilkira dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Saranan
tersebut sebenarnya cuba untuk memadamkan “punca api yang menyebabkan kebakaran
yang sedang berlaku”. 5. Akhirnya, Majlis Belia Sabah berharap
agar para belia dan generasi muda di negeri ini agar bertindak secara rasional.
Marilah kita sama-sama berdoa agar isu ini dapat diselesaikan secara baik
supaya kita dapat meneruskan agenda memperkasa belia dan generasi muda agar
menjadi insan dan warganegara yang memberi manafaat kepada pembangunan negeri
dan Negara. Di keluarkan oleh: Mustapha Haji Sakmud |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Seluar jeans julang nama
Oleh Misiah Taib Idris Haron
Idris jadi tempat rujukan jika pelajar kehi...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 
| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my